Wednesday, September 7, 2011

Jejalan ke Kuala Terengganu... :)

Aku nak story pasal pi jejalan ke terengganu bersama family. Sebenarnya tak rancang pun nak pergi sana sebab cuti raya aku sampai 4 haribulan september jer, pasal nak hantar adik aku mira yang dapat tawaran belajar kat UNISZA. tu yang dapat pi jejalan kat sana. best , tapi penat tak tahu nak cakap arr.. yela dari ipoh (spesific lg chemor) terus ke KL then naik lebuhraya pantai timur, lalu Pahang. benda yang leh tengok paling banyak sekali POKOK KELAPA SAWIT. kalau la semua kebun kelapa sawit tu aku yang punyer kan SYOK...(hahahhaha, berangan kejap) yela nak buat apa lagi sepanjang perjalanan..takkan nak memancing ikan kot kan? bertolak dari rumah dalam pukul 7pagi sampai KUALA TERENGGANU 7malam. 12jam yang sangat menguji...tapi lagi kesian kat driver, thanks a lot to abg fuad...kalau tak, tak dapat la pi sana. benda pertama yang aku nak tengok masa sampai kat sana ...cer teka??? aku nak tengok pantai..bajet macam kat PERAK nie tak da pantai kan?? lain tempat lain pemandangan lorh...  Pas tengok pantai & laut , kitaorng mula la mencari tempat tido, hotel yg adik aku tempah entah kat ceruk mana... dia cakap setengah jam dari UNISZA, satu lg problem takut jauh sangat dah la kitaorang ni bukan orang sini, kang sesat tido dalam kete la jawab nyer. then tgk kat tepi jalan sepanjang UNISZA tu bersepah-sepah papan tanda yg menawarkan homestay. So, call la, tapi kebanyakkan nyer dah penuh. But lastly dapat la satu homestay nie yang masih ada kosong. dekat dengan pantai, kat kawasan yang bernama Batu Rakit
. NASAr HOMESTAY 




Then, pas mandi and tukar baju pe semua, kitaorg rancang la nak pi makan kat tepi pantai. Tapi malang nyer kedai dah tutup, yela lgpn masa pergi tu ramai pekedai2 masih dalam mood raya. Jadi makan kuewtiow and bihun sup je kat sebuah kedai makan nie. Masa dalam perjalanan balik ke homestay beli burger lak coz kelaparan lagi. Special nyer burger kat sini sebab bertimbun sayur-mayur..ada kobis, daun salad, sengkuang, timun, tomato tak lupa juga kacang panggang. banyak sangat sampai tertimbus daging di tengah-tengah.. (betul, tak tipu) tak sempat nak ambik gambar coz lapar sangat. :) lastly hari yang memenatkan itu diakhiri dengan tido, tv tak layan dah.
Keesokkan hari nyer (4.9.2011) pagi2 lg dah bangun sebab pendaftaran masuk U start kul 8pagi. Lepas pendaftaran dan letak barang2 dalam bilik, snap pic barang 2,3 keping. kitaorang merayap kat KUALA TERENGGANU, g tempat yg famous kat sana , mana lagi kalau tak PASAR PAYANG. Jom, shopping.. :) luv it!!!!  PASAR PAYANG ni dekat jugak dengan BAZAAR WARISAN. Masa kat pasar payang tue jumpa dengan member masa sekolah AIMI FAZLIN, duk kat PERAK tapi jumpa kat TERENGGANU.  Jodoh nak jumpa kat sana. Lepas puas menghabiskan duit, balik ke homestay untuk ambik barang dan hantar adikku ke UNISZA. dia (mira) akan bertapa selama 4tahun kat sana, mendalami bidang SAINS KOMPUTER. to my beloved sis (walaupun selalu gaduh) good luck yerk kat sana.... :) 
pastu balik 
KG. BARU,KL.. Isnin , ada praktikal .. life back to normal. THE END.








Saturday, September 3, 2011

raya ke-20???

selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua umat Islam seluruh dunia....
raya???
 kalau sebut pasal raya mesti terbayang perkara yang indah-indah.
 ye la, baju baru, kasut baru semua nak yang baru... tu la benda yang aku fikir masa
 kecik-kecik dulu. sekarang dah kurang sikit sebab baru tahu betapa susah payahnya nak cari duit. jadi kalau benda yang tak penting tak beli, guna jer apa yang ada.
 so, macam mana sambutan hari raya korang??? bermakna tak?  tahun nie bermakna dah 6tahun beraya tanpa abah azmi. masa dekat kubur abah rasa sayu, sedih....
 kalau boleh nak ulang masa masa abah masih ada. jadi sentiasalah hargai orang yang masih ada.. 
(ingatan untuk aku jugak) pada semua yang mengenali diri ini secara langsung atau tidak langsung,
with my bff-ummi atiqah

with my little bro-ahmad fuad


with my little cute cousin- nia
 saya yang bernama siti sarah binti saaidin ingin memohon kemaafan andai pernah terkasar bahasa 
 atau ada tingkah laku yang tidak menyenangkan. aku insan biasa yang kadang terlebih emosi
, terkurang budi. but need to improve myself.
 tahun nie banyak la sikit pic yang ditangkap...gedik nak bergambar bak kata adik aku. 
but i forgive u my sis
ini untuk kenangan manalah tahu yang hidup tak sentiasa hidup kan??? 
raya tahun nie sangat bermakna juga sebab jatuh pada hari lahir my mum...
selamat hari lahir mak..luv u. (nak duit raya mak.. ) 
raya ketiga dapat beraya with my bff (ummi atiqah) ummi luv u dear... 
pada abah,ibu kakak-kakak, abang and anak-anak saudara yang sarah tak jumpa sebab tak balik beraya kat Taiping, 
sarah mintak maaf , selamat hari raya , maaf zahir & batin, sarah sayang semua. 

with my ibu, mak, tokwan n my bro-bro