Monday, September 21, 2015

96 days to go.... Counting :)

Merisik sudah
Bertunang sudah
Sekarang counting untuk hari bersejarah dalam hidup pulak... Hari untuk bernikah... Wife to be... Rasa gembira ada, sedih ada, macam-macam perasaan ada... Gaduh dengan encik tunang hari- hari... Sakit kepala nak menguruskan apa yang patut. Kerja jauh dari rumah...cuti pun susah.. Nasib la.. Cuti sabtu & ahad lepas sempat buat kad pengenalan baru dan jumpa abang kandungku ambik salinan kad pengenalan dan surat lahir dia. Pastu balik kampung ambik salinan Surat Nikah ibu dan arwah abah dengan sijil kematian abah. cuti yang digunakan sebaik mungkin. :) stress pun ada. Hahaha...betul ke nak kahwin ni?






Ala-ala cinderella memakai kasut kaca... Bajet princess sangat.. Cari kasut pun susah. Saiz tak ada. Auntie Kat Kedai kasut tu cakap kaki Ku kurus...saiz 4 pun longgar sikit.. Beli jugak sebab itu kedai keempat yang dikunjungi untuk mencari kasut. Encik tunang pun tak larat nak window shopping dah. Nasib baik tak bertukar jadi hulk...Nak beli online kasut tak berani sebab tahu memang Susah nak cari saiz. Sekarang tengah fikir baju pulak. Semoga urusan dipermudahkan. Exam in progress ~~ masa ni la dugaan dan cabaran darah manis :) Baju encik tunang dah beli... Siap selfie lagi dalam fitting room. Bajuku belum ditemui..


Monday, September 7, 2015

Itulah sayang...

Terima kasih encik tunang datang teluk intan semata-mata nak teman shopping barang makanan.
Terima kasih belanja lunch. Thanks bersungguh-sungguh suruh habiskan makanan tu. Maap tak leh habiskan. Perut dah kenyang tengok muka u. Hahahaha..kuat propa bakal wife u ni. Tak berapa nak sihat tu sebab tak habis makan. Tahukan orang kuat makan sebenarnya.




Ada nampak muka orang tak sihat tak? Tak ada kan? Betul tak sihat. Kepala sakit. Bukan boleh nampak pun kan? Encik tunang pun agak kurang percaya. Hahahaha..dia nak bakal wife dia golek-golek Kat lantai baru nak percaya apa?



Hasil buruan bersama. Dia la tolong pilihkan bawang dan semua. I tolong cakap je nak apa...
I : nak beli kicap laa..
U: kicap apa?
I: kicap jalen sedap tak? (Selalu dengar promosi Kat radio)
U: entahlah..biasa Kat rumah guna kicap Suria je.
I: kicap suria pun surialah. ( nampaknya promosi bakal suami lagi berjaya daripada promosi radio or TV.) Pastu kejadian yang tak leh dilupakan masa Kat tempat makanan basah tiba-tiba rasa nak muntah. Cakap Kat dia. Dia cakap tahan jap. Aku pun cuba bawa bertenang. Mana mampu..pastu muntah la. Adoi...nasib baik tengah pegang plastik nak pilih bawang kononnya. Tu la tak percaya lagi orang tak sihat. Nasib baik tak buat drama jatuh pengsan Kat situ. 2.6 billion thanks to Meor Adzim sebab layan kerenah saya.

Tuesday, July 28, 2015

Syawal tanpamu abah...

Tahun ini tahun paling sedih beraya tanpa abah
Abah pergi buat selamanya tanggal 1 Ramadhan
Pergi yang tak kembali
Tiada lagi panggilan abah
Tiada lagi soalan abah
"Kakak, bila nak nikah?"
Kak mintak abah tunggu...
Tapi abah pergi dulu..
Abah tak tunggu...
Abah tak sempat tengok anak bongsu abah jadi isteri orang..
Abah...kak rindu kat abah...
Rindu sangat...



Thursday, March 26, 2015

Walimatul Urus 2015

Hari sabtu lepas pergi majlis walimah saudara encik tunang Kat teluk Intan..bakal mak mertua dan bakal adik ipar pun datang jugak. Memandangkan majlis tu dekat teluk Intan Dan masa tu tengah kerja shift malam. Jadi me as bakal keluarga pun ikut sekali.. Tema rumah pengantin pink and grey pengantin pakai baju warna dark green. Simple but elegent. Tengok orang lain kahwin rasa nak jgk jadi pengantin :) berangan. Belum sampai masanya lagi. Soon :) doakan. Sejak kebelakangan banyak problem. Bila ada problem. Stress..jadi gaduh pulak. Doakan agar jodoh ni berpanjangan...maaf encik tunang selalu kusutkan fikiran awak. Maaf OK. 0-0..
Next :)
Lepas kenduri pi menara condong...
Ala yg famous macam menara Pisa Kat itali tu.
First time dapat naik atas..selalu tengok dari luar je.
Selama setahun lebih duduk teluk Intan pertama kali dapat naik menara condong. Eksited lebih... Lupa kena kerja malam... Tq encik tunang naik sekali panjat tangga walaupun agak tak rela.


Sunday, March 15, 2015

Cuti sekolah banyak la orang kahwin.. Banyak post gambar kahwin..nikah..tunang :) tahniah semua.. Dalam proses bertunang ni banyak fikir pasal pre wedding dan post wedding. Dah sedia ke nak jadi wife..nak jadi menantu...nak jadi ahli dalam keluarga baru. Betul la...banyak dugaan dalam tempoh bertunang ni. Masa ni buat apa ...nak cakap apa pun kena fikir hati pasangan. Kadang2 terlepas jugak cakap tu bila cakap masa tengah marah. Maaf incik tunang.. Bersyukur sgt dapat incik tunang yg bukan jenis cepat nak marah.. Dia buat muka je kalau marah... Pastu bebel ... Sarah jgn macam ni... Sarah jgn lupa mkn... Sarah jgn membazir.. Persediaan nak kahwin... Tak tahu nak mula dari mana... Next.. Nanti fikir :)







Sunday, February 15, 2015

Muchas gracias :)

14 February 2015
Terima kasih incik boss (suara kartun)
ehh!!!! Salah :)
Thank you so much incik tunang
Bawak pi kenduri kahwin ur bos kat Manjung.
Semoga hubungan kekal ke Jannah buat pasangan pengantin..
Haiiip!! Ucapan ni bukan utk awk ye incik tunang.
Terima kasih for short vacation. INI ucapan khas buat my incik fiance.

Pi teluk batik - main di gigi air pun OK walaupun tak dapat berenang. Gila nak mandi laut tengahari buta. Kan??? Kan? Sedapkan hati. Tsk!!tsk!!! Lain Kali dtg lagi... Insyaallah,dengan incik hubby pulak. Berangan.


Pi marina island - tangkap gambar sempena tahun baru cina :) pun boleh... Janji jalan2 walaupun panas membahang.


Pi lumut - shopping jajan makanan laut. Satey ikang.

Lastly dinner :)
Candle light dinner for both of us... Hahahaha.. Berangan lagi.
Makan Kat Jelapang. Nama Kedai tak tahu. Lupa nak tanya Kat incik tunang. Makan nasi goreng ikan rebus.. Sebab Kedai tu famous dengan nasi goreng ikang rebus. Tak ada gambar sebab lapar Sgt. Tq incik tunang belanja makan angin Dan makan nasi... Makan angin seharian...tipu!! Duk melantak keropok twisties... Bahulu dapat Kat kenduri...kitkat..air mineral...air anggur...sungguh membela diri...
Terima kasih jugak for my little sister jadi peneman setia. Tak keluar berdua-dua k. Bertiga... So, thank you untuk percutian yang tak dirancang ini.










Thursday, February 5, 2015

Unbelievable.... Believe it or not :)

Macam tak percaya dah jadi tunangan orang... Lagi tak percaya jadi tunang kepada kawan sekolah sendiri... Kawan sekelas masa tingkatan 6... Sama-sama mengadap pengetua masa nak berhenti tingkatan 6 sebab dapat SPA... Just a memory... Bila dah tertulis jodoh ITU Ada bila mana sekuat apa aku nafikan tetap dia tertulis jodoh aku. Pernah kena perli sebab rapat dengan dia ...of course la makwe dia masa tu pm kat fb....Nak tergelak pun ada.. Bengang pun ada... Roommate masa belajar dulu tahu la kisahnya... Kawan je pun tapi kena tuduh nak Kat boyfriend dia...Tapi tu la just memory... Aku anggap dia kawan... Tapi sekarang dah jadi tunang... Bukan bercinta dari sekolah... Walaupun kenal masa sekolah okey!!! Masa sekolah tak suka mamat ni sebab dia banyak cakap... Hahahaha... Confession :) tu la tak suka lagi... Kalau dah jodoh.... UKE...






Wednesday, January 28, 2015

Selamat ulang tahun cinta

Ingin saja ku berikan
Segala yang kau impikan
Mimpi yang sering kau katakan
Namun ku punya batasan
Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya bagiku
Ku tak punya wang berjuta
Apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah
Agar kau rasa berharga
Ini saja yang ku mampu
Sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka
Selamat ulang tahun cinta
Tak termampu gambar dengan kata
Rasa gentar dalam jiwa
Satu purnama ku tak lena
Fikir lirik paling indah
Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya bagiku
Ku tak punya wang berjuta
Apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah
Agar kau rasa berharga
Ini saja yang ku mampu
Sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka
Selamat ulang tahun cinta
Kini tiba masanya kau lebih dewasa
Kini bukan masanya untuk kau berduka lara
Dunia dulu kini tak sama
Banyak dugaan jadi kau harus waspada
Benar kata mereka kata ku ini bukan anak raja
Ku tak punya wang berjuta atas satu dunia
Hanya sebuah lagu istimewa yang ku cipta
Baby, this is special for you
Selamat ulang tahun cinta
Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya
Ku tak punya wang berjuta
Apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah
Agar kau rasa berharga
Ini saja yang ku mampu
Sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka
Harap kau sudi terima
Moga kau selalu tertawa
Ceria di samping keluarga
Bahagia yang engkau rasa
Kekal sampai bila-bila
Ini saja yang ku mampu
Sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka
Selamat ulang tahun cinta
Baby, this is special for you
Selamat ulang tahun cinta
Selamat ulang tahun cinta
Selamat ulang tahun cinta


Selamat ulang tahun cinta... Ke-24 tahun... Happy belated birthday for us... 12 januari & 14 januari.. Selamat menjadi Encik tunang... 24 januari... daripada kawan sekolah jadi Encik tunang...tq sebab sabar dan bersungguh - sungguh dalam hubungan ni. Kisah lama kita simpan sebagai pengalaman hidup. Mulakan kisah baru..kisah kita dengan restu keluarga. Chaiyok!!! Chaiyok!!!