Thursday, March 26, 2015

Walimatul Urus 2015

Hari sabtu lepas pergi majlis walimah saudara encik tunang Kat teluk Intan..bakal mak mertua dan bakal adik ipar pun datang jugak. Memandangkan majlis tu dekat teluk Intan Dan masa tu tengah kerja shift malam. Jadi me as bakal keluarga pun ikut sekali.. Tema rumah pengantin pink and grey pengantin pakai baju warna dark green. Simple but elegent. Tengok orang lain kahwin rasa nak jgk jadi pengantin :) berangan. Belum sampai masanya lagi. Soon :) doakan. Sejak kebelakangan banyak problem. Bila ada problem. Stress..jadi gaduh pulak. Doakan agar jodoh ni berpanjangan...maaf encik tunang selalu kusutkan fikiran awak. Maaf OK. 0-0..
Next :)
Lepas kenduri pi menara condong...
Ala yg famous macam menara Pisa Kat itali tu.
First time dapat naik atas..selalu tengok dari luar je.
Selama setahun lebih duduk teluk Intan pertama kali dapat naik menara condong. Eksited lebih... Lupa kena kerja malam... Tq encik tunang naik sekali panjat tangga walaupun agak tak rela.


Sunday, March 15, 2015

Cuti sekolah banyak la orang kahwin.. Banyak post gambar kahwin..nikah..tunang :) tahniah semua.. Dalam proses bertunang ni banyak fikir pasal pre wedding dan post wedding. Dah sedia ke nak jadi wife..nak jadi menantu...nak jadi ahli dalam keluarga baru. Betul la...banyak dugaan dalam tempoh bertunang ni. Masa ni buat apa ...nak cakap apa pun kena fikir hati pasangan. Kadang2 terlepas jugak cakap tu bila cakap masa tengah marah. Maaf incik tunang.. Bersyukur sgt dapat incik tunang yg bukan jenis cepat nak marah.. Dia buat muka je kalau marah... Pastu bebel ... Sarah jgn macam ni... Sarah jgn lupa mkn... Sarah jgn membazir.. Persediaan nak kahwin... Tak tahu nak mula dari mana... Next.. Nanti fikir :)







Sunday, February 15, 2015

Muchas gracias :)

14 February 2015
Terima kasih incik boss (suara kartun)
ehh!!!! Salah :)
Thank you so much incik tunang
Bawak pi kenduri kahwin ur bos kat Manjung.
Semoga hubungan kekal ke Jannah buat pasangan pengantin..
Haiiip!! Ucapan ni bukan utk awk ye incik tunang.
Terima kasih for short vacation. INI ucapan khas buat my incik fiance.

Pi teluk batik - main di gigi air pun OK walaupun tak dapat berenang. Gila nak mandi laut tengahari buta. Kan??? Kan? Sedapkan hati. Tsk!!tsk!!! Lain Kali dtg lagi... Insyaallah,dengan incik hubby pulak. Berangan.


Pi marina island - tangkap gambar sempena tahun baru cina :) pun boleh... Janji jalan2 walaupun panas membahang.


Pi lumut - shopping jajan makanan laut. Satey ikang.

Lastly dinner :)
Candle light dinner for both of us... Hahahaha.. Berangan lagi.
Makan Kat Jelapang. Nama Kedai tak tahu. Lupa nak tanya Kat incik tunang. Makan nasi goreng ikan rebus.. Sebab Kedai tu famous dengan nasi goreng ikang rebus. Tak ada gambar sebab lapar Sgt. Tq incik tunang belanja makan angin Dan makan nasi... Makan angin seharian...tipu!! Duk melantak keropok twisties... Bahulu dapat Kat kenduri...kitkat..air mineral...air anggur...sungguh membela diri...
Terima kasih jugak for my little sister jadi peneman setia. Tak keluar berdua-dua k. Bertiga... So, thank you untuk percutian yang tak dirancang ini.










Thursday, February 5, 2015

Unbelievable.... Believe it or not :)

Macam tak percaya dah jadi tunangan orang... Lagi tak percaya jadi tunang kepada kawan sekolah sendiri... Kawan sekelas masa tingkatan 6... Sama-sama mengadap pengetua masa nak berhenti tingkatan 6 sebab dapat SPA... Just a memory... Bila dah tertulis jodoh ITU Ada bila mana sekuat apa aku nafikan tetap dia tertulis jodoh aku. Pernah kena perli sebab rapat dengan dia ...of course la makwe dia masa tu pm kat fb....Nak tergelak pun ada.. Bengang pun ada... Roommate masa belajar dulu tahu la kisahnya... Kawan je pun tapi kena tuduh nak Kat boyfriend dia...Tapi tu la just memory... Aku anggap dia kawan... Tapi sekarang dah jadi tunang... Bukan bercinta dari sekolah... Walaupun kenal masa sekolah okey!!! Masa sekolah tak suka mamat ni sebab dia banyak cakap... Hahahaha... Confession :) tu la tak suka lagi... Kalau dah jodoh.... UKE...