Seakan aku terdengar suara hatiku,
Yang sayu,
Aku dan keliru bersatu,
Adakah itu aku?
Soalan-soalan menerjah mindaku,
Egoiskah aku?
Sombongkah aku?
Hipokritkah aku?
Ya, aku manusia biasa,
Kadang terbuai dengan nafsu amarah,
Mengapa aku?
Bukan dia atau kamu,
Tidak mahu aku tertanya lagi,
Persoalan ini harus diam,
Jangan bersuara,
Kerna tiada jawapan yang pasti,
Namun ku pohon,
Maafkan aku jika aku begitu.
created by,
sarah
20/12/2010
No comments:
Post a Comment