Sunday, January 29, 2012

kekecewaan mungkin.....


Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
 Sekarang ini cik misi baru bangun dari sebuah mimpi yang lena, satu tamparan hebat dalam hidup. Satu peristiwa yang memberi pengajaran bahawa hidup tak selalu indah. Semoga Allah memberi kekuatan dengan dugaan yang diberi-Nya.
Begitulah kehidupan, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tetapi berusahalah untuk memperbaiki kehidupan ini. Doakan kebaikan semua orang, supaya hidup bahagia dunia akhirat.

Thursday, January 5, 2012

jiWa

Helaian kertas yang kosong aku buka,
Lembaran demi lembaran,
Ingin ku coret isi hati ini,
Namun tak terlihat,
SUKAR,
Perkataan yang tepat untuk segalanya,
Biar tersimpan tak terluah,
Jiwa jangan  kau terSEKSA,
Hati jangan terluka, 
Perasaan jangan merana,
Lihatlah dunia,
Aku masih berdiri TEGUH,
SYUKUR, masih diberi peluang menghirup udara segar,
Mampu bangun melihat dunia,
Sungguh, aku PERCAYA,
Mendungkan berlalu,
Bahagia akan tiba,
Usaha perlu ada, 
Maafkan sentiasa,
Kerana ALLAH sentiasa bersama hamba-NYA.

29122011