Thursday, January 5, 2012

jiWa

Helaian kertas yang kosong aku buka,
Lembaran demi lembaran,
Ingin ku coret isi hati ini,
Namun tak terlihat,
SUKAR,
Perkataan yang tepat untuk segalanya,
Biar tersimpan tak terluah,
Jiwa jangan  kau terSEKSA,
Hati jangan terluka, 
Perasaan jangan merana,
Lihatlah dunia,
Aku masih berdiri TEGUH,
SYUKUR, masih diberi peluang menghirup udara segar,
Mampu bangun melihat dunia,
Sungguh, aku PERCAYA,
Mendungkan berlalu,
Bahagia akan tiba,
Usaha perlu ada, 
Maafkan sentiasa,
Kerana ALLAH sentiasa bersama hamba-NYA.

29122011

1 comment: