Saturday, December 17, 2011

moment...

Setiap peristiwa yang sudah kita lalui merupakan detik-detik terindah dalam hidup.
suka duka, pahit maung setiap apa yang dilalui akan rasa indah bila diingat kembali.
percaya atau tidak itulah kenyaatan. walau seperit mana pun peristiwa yang dilalui di suatu ketika bila diingat kembali ia akan menjadi sesuatu yang berbeza. Ia berbeza kerana cara kita mentafsir perkara tersebut pada saat yang berbeza. contohnya kita pernah terjatuh dari basikal, perasaan ketika  itu mestilah sakit, marah dan semua perasaan negatif. Dan mungkin di suatu masa kita boleh ketawa mengingati peristiwa pernah jatuh basikal. 
Itulah kehidupan, masa yang berlalu takkan kembali. Usia meningkat , angka umur makin bertambah.Gunakan lah masa yang ada untuk sesuatu yang berfaedah, jangan buat orang lain sedih kalau kita tak mampu nak gembirakan orang lain. mudahkan kerja orang lain supaya ALLAH mudahkan kerja kita. Bak kata pujangga hidup ini umpama roda, kita jangan leka bila diatas dan jangan pernah menyerah bila dibawah. 
Usaha tangga kejayaan. 



No comments:

Post a Comment