Saturday, September 3, 2011

raya ke-20???

selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua umat Islam seluruh dunia....
raya???
 kalau sebut pasal raya mesti terbayang perkara yang indah-indah.
 ye la, baju baru, kasut baru semua nak yang baru... tu la benda yang aku fikir masa
 kecik-kecik dulu. sekarang dah kurang sikit sebab baru tahu betapa susah payahnya nak cari duit. jadi kalau benda yang tak penting tak beli, guna jer apa yang ada.
 so, macam mana sambutan hari raya korang??? bermakna tak?  tahun nie bermakna dah 6tahun beraya tanpa abah azmi. masa dekat kubur abah rasa sayu, sedih....
 kalau boleh nak ulang masa masa abah masih ada. jadi sentiasalah hargai orang yang masih ada.. 
(ingatan untuk aku jugak) pada semua yang mengenali diri ini secara langsung atau tidak langsung,
with my bff-ummi atiqah

with my little bro-ahmad fuad


with my little cute cousin- nia
 saya yang bernama siti sarah binti saaidin ingin memohon kemaafan andai pernah terkasar bahasa 
 atau ada tingkah laku yang tidak menyenangkan. aku insan biasa yang kadang terlebih emosi
, terkurang budi. but need to improve myself.
 tahun nie banyak la sikit pic yang ditangkap...gedik nak bergambar bak kata adik aku. 
but i forgive u my sis
ini untuk kenangan manalah tahu yang hidup tak sentiasa hidup kan??? 
raya tahun nie sangat bermakna juga sebab jatuh pada hari lahir my mum...
selamat hari lahir mak..luv u. (nak duit raya mak.. ) 
raya ketiga dapat beraya with my bff (ummi atiqah) ummi luv u dear... 
pada abah,ibu kakak-kakak, abang and anak-anak saudara yang sarah tak jumpa sebab tak balik beraya kat Taiping, 
sarah mintak maaf , selamat hari raya , maaf zahir & batin, sarah sayang semua. 

with my ibu, mak, tokwan n my bro-bro


Friday, June 10, 2011

I.M.P.I.A.N


Masa dalam perjalanan balik dari Taiping tadi aku ada terfikir nak tulis pasal impian aku . Sekarang aku tengah ambik diploma kejururawatan, namun bukan untuk penuhi impian tetapi untuk ilmu semata. Impian aku nak bukak nursery @  tempat jagaan kanak-kanak. 


comel kan ? berwarna -warni. Dengan ada baby dan budak-budak mesti lagi ceria. Harapan aku semoga satu hari impian ini akan tercapai.


Monday, June 6, 2011

L.O.V.E




Kalau tengok betul-betul gambar diatas korang akan nampak gambar love dan huruf LOVE. So sweet!!!!!! :) 

Tuesday, May 17, 2011

gratitude...

Assalamualaikum..

gratitude kalau diterjemahkan ke bahasa melayu bermaksud bersyukur.. kenapa topik nie yang aku nak cakapkan sebab ini blog aku jadi aku punya suka la aku nak tulis apa.. (jgn mare, nanti kena jual). korang rasa korang dah cukup bersyukur ker??? jawab sendiri k.. :) pernah tak korang  tengok seseorang tak kira la kawan ke musuh ke, yang korang rasa hidup dia "perfect" a.k.a  sempurna. jeles tak??? bagi aku jeles tu bermakna kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada.. ye la.. bila time jeles tu datang rasa macam nak bertukar je jadi orang tu kn? sedang kan kalau difikirkan balik mungkin dia nampak sempurna luaran je tapi dalaman mungkin serabut macam tongkang pecah.  so, jadi la diri sendiri k tapi  nak jeles kalau orang tu rajin berusaha boleh kot.. jadi semangat untuk jadi yang lebih baik dari  dia. bersyukurlah dengan apa yang kita ada... kita ada family yang sayang kita, kita ada kawan kawan2 yang sentiasa memahami, kita ada diri kita sendiri and yang paling utama kita ada ALLAH...kembalilah pada ALLAH kerana kita hamba yang sentiasa perlukan petunjuk_NYA. saya yang bernama sarah bersyukur dengan apa yang saya ada.. :) Amin...

Attention :"dia" di sini bermaksud seseorang yerk..tapi  tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. :)