Monday, June 18, 2012

Segmen Mya : I'm Inspired


Assalamualaikum blogger2 semua, ok ini kali pertama sarah join contest kat blog nie. Kalau korang nak join sila klik banner di atas oke !!! :)  saja nak mencuba nasib dan isi masa terluang~~ huhuhuhu esok exam sebenarnya. thanks a lot kepada mya farisha sebab rajin buat contest ni..ok, let go to the main point in this post.
jom tengok gambar my inspired ----->

cantik kan???


 Biodata Oki Setiana Dewi
Nama  : Oki Setiana Dewi
Nama Panggilan : Oki
Tempat / Tarikh Lahir : Batam, 13 Januari 1989
Nama Ayah : Sulyanto
Nama Ibu : Yunifah Lismawati
Hobi : Membaca, Menulis


kalau korang tengok cerita KETIKA CINTA BERTASBIH mesti korang kenal sape dia??? kalau korang nak tahu watak OKI dalam cerita tersebut sebagai ANNA. Firstly, kenapa sarah pilih OKI sebagai my inspired??? Sebab sarah kagum dengan kesungguhan OKI dalam menjadi wanita muslimah. Walaupun dia start menutup kepalanya aka bertudung hanya selepas usianya mencecah 16tahun tapi sekarang nie dia konsisten dengan pemakaian tudung labuh. Seterusnya, OKI jugak penulis novel Islamik. Zaman dulu2 sarah pun ada bercita-cita nak jadi penulis novel. Insyaallah, kalau ada rezeki ingin jadi penulis macam OKI.
Novel pertama tulisan OKI bertajuk CATATAN HATI OKI SETIANA DEWI yang menceritakan perjalanan menemui hidayah.
Novel keduapulak bertajuk SEJUTA PELANGI: PERNIK CINTA OKI SETIANA DEWI. Novel ini mengisahkan tentang individu yang memberi inspirasi dalam hidup OKI. Lastly, kalau korang nak tahu OKI ada suara yang sedap. Dia menyanyikan lagu  tema sinetron MIHRAB CINTA dan SUJUD KE SUJUD. Try dengar lagu ni kat YOUTUBE~~ nice songs :) OKI ada senyuman yang manis, dia contoh muslimah sejati. 
SHE INSPIRED ME~ ~



saya suka puisi~~



Wednesday, June 13, 2012

Jom ke dapur Sarah~~


Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna
**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.
Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.
creadit to:http://www.ciktom.com/resepi-apam-polkadot-comel-dan-sedap/



sarah dah try buat, awak, awak try la buat lak :) walaupun tak sebijik macam gambar diatas tapi masih boleh  dimakan.


Sunday, January 29, 2012

kekecewaan mungkin.....


Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
 Sekarang ini cik misi baru bangun dari sebuah mimpi yang lena, satu tamparan hebat dalam hidup. Satu peristiwa yang memberi pengajaran bahawa hidup tak selalu indah. Semoga Allah memberi kekuatan dengan dugaan yang diberi-Nya.
Begitulah kehidupan, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tetapi berusahalah untuk memperbaiki kehidupan ini. Doakan kebaikan semua orang, supaya hidup bahagia dunia akhirat.

Thursday, January 5, 2012

jiWa

Helaian kertas yang kosong aku buka,
Lembaran demi lembaran,
Ingin ku coret isi hati ini,
Namun tak terlihat,
SUKAR,
Perkataan yang tepat untuk segalanya,
Biar tersimpan tak terluah,
Jiwa jangan  kau terSEKSA,
Hati jangan terluka, 
Perasaan jangan merana,
Lihatlah dunia,
Aku masih berdiri TEGUH,
SYUKUR, masih diberi peluang menghirup udara segar,
Mampu bangun melihat dunia,
Sungguh, aku PERCAYA,
Mendungkan berlalu,
Bahagia akan tiba,
Usaha perlu ada, 
Maafkan sentiasa,
Kerana ALLAH sentiasa bersama hamba-NYA.

29122011