Monday, December 27, 2010

SAHABAT

Tiada kata secantik bahasa yang dapat ku ungkapkan,
Cuma luahan rasa melalui coretan pena,
Sahabat,
Kau terlalu bererti dalam diari hidupku,
Ku akui kita amat berbeza,
Bagai langit dan bumi,
Kau si peramah,
Aku si bisu,
Kau si penegak keadilan,
Dan aku pula penyimpan rahsia,
Mungkin itu penguat persahabatan kita,
Andai kau membaca coretan ini,
Ingin ku sampaikan suara hati ini,
Aku amat menyayangimu,
Kau teristimewa dalam hati ini,
Kau sahabatku.

created by,
sarah
20/12/2010
9.05a.m

Aku Terpana..... :)


Waktu itu,
Pertemuan pertama,
Tidak diduga,
Penampilanmu bersahaja,
Tiada rambut yang mencacak,
Cuma kopiah yang menutupi rambutmu,
Tiada suara,
Cuma pandangan bertemu,
Aku terpana,
Tiada apa,
Kau sedang mencari cinta yang AGUNG
Aku kagum,
Ingin aku menjadi sepertimu,
Doakan aku.

created by,
sarah
19/12/2010

Manusia Biasa....

Seakan aku terdengar suara hatiku, 
Yang sayu,
Aku dan keliru bersatu,
Adakah itu aku?
Soalan-soalan menerjah mindaku,
Egoiskah aku?
Sombongkah aku?
Hipokritkah aku?
Ya, aku manusia biasa,
Kadang terbuai dengan nafsu amarah,
Mengapa aku?
Bukan dia atau kamu,
Tidak mahu aku tertanya lagi,
Persoalan ini harus diam,
Jangan bersuara,
Kerna tiada jawapan yang pasti,
Namun ku pohon,
Maafkan aku jika aku begitu.


created by,
sarah
20/12/2010

DIAM

 
 
Diam,
tak bermakna aku bisu,
Tak bermakna aku malu,
Tak bermakna aku kaku,
 
Diam,
Bererti aku mendengar bicaramu,
Bererti aku memerhati tingkahmu,
Bererti aku cuba memahamimu,
 
Diam,
Cuba kau diam,
Dengar, perhati dan fahami aku,
Supaya kau dapat menafsir aku,
Aku bukan si hati batu.
 
 
 
created by, 
sarah
19/12/2010