Saturday, December 17, 2011

moment...

Setiap peristiwa yang sudah kita lalui merupakan detik-detik terindah dalam hidup.
suka duka, pahit maung setiap apa yang dilalui akan rasa indah bila diingat kembali.
percaya atau tidak itulah kenyaatan. walau seperit mana pun peristiwa yang dilalui di suatu ketika bila diingat kembali ia akan menjadi sesuatu yang berbeza. Ia berbeza kerana cara kita mentafsir perkara tersebut pada saat yang berbeza. contohnya kita pernah terjatuh dari basikal, perasaan ketika  itu mestilah sakit, marah dan semua perasaan negatif. Dan mungkin di suatu masa kita boleh ketawa mengingati peristiwa pernah jatuh basikal. 
Itulah kehidupan, masa yang berlalu takkan kembali. Usia meningkat , angka umur makin bertambah.Gunakan lah masa yang ada untuk sesuatu yang berfaedah, jangan buat orang lain sedih kalau kita tak mampu nak gembirakan orang lain. mudahkan kerja orang lain supaya ALLAH mudahkan kerja kita. Bak kata pujangga hidup ini umpama roda, kita jangan leka bila diatas dan jangan pernah menyerah bila dibawah. 
Usaha tangga kejayaan. 



Thursday, November 24, 2011

~~~anak emak~~~~~

post kali ini  nak story pasal aku..
aku memang anak mak- susah nak berjauhan dari mak.
rasa macam sesuatu tak kena je.
paling jauh pun  sekarang la.aku study kat KL dan mak kat rumah di  CHEMOR.
sayang sangat kat mak.
my MAK is  the best mum in the world.
tak ada sape yang dapat ganti tempat mak dalam hati ini.
MAK you're special ....



Saturday, October 29, 2011

Nice to know.... :)

Perhatian to orang2 kampung..
post ana pasal hati & perasaan tu ikhlas dari hati
dan tidak ada kena-mengena kat sesiapa....
 luahan tu khas tuk my beloved future hubby yerk...
sekarang dia tak wujud lagi dalam hidup ana...
hopefully one fine day dia akan muncul and we will life happily ever after
(insyaallah)  kalau umur dan ada jodoh ana la.... :)




Friday, October 28, 2011

awak rasa kita serasi tak????? :)


Nurul & Ajai - Serasi Bersama


Semakin hari aku rasalah
Kita macam makin serasi
Kau rasa tak?
Semakin hari semakin serasi
Bagai pagi dengan sinar matahari
Bagai malam dengan kerdipan bintang yang berseri
Terlintas saja hati belum ku luahkan
Kau dah pun tahu bagai tiada lagi rahsia
Antara diri kita berdua
Semakin hari semakin serasi
Bagai gelora dan laut air dan tasik
Tak dicemari bagai puncak dan lembah lereng dan titi
Terguris saja hati belum ku tangis ku
Dah kau belai seperti sakit ku ini
Kau yang terasa jiwa kita serupa
Kita bagai satu permata
Terbelah bercantum semula
Hingga langsung tiada terlihat garisnya
Pemisah halus rambut dibelah halus
Kita bagai satu jiwa
Yang bercerai terpatri kembali
Hingga langsung tiada terlihat lainnya
Di dalam hanya ada kekasih hati
kekasih hatiku....



compatible, atau dalam bahasa melayu serasi. macam mana kita nak tahu seseorang itu serasi atau tidak serasi dengan kita? soalan itu selalu bermain dalam fikiran tambah-tambah lagi bagi pasangan bercinta. serasi ker tak dia dengan aku? kadang-kadang seseorang tu sanggup jadi orang lain supaya dia nampak serasi @ lebih tepat lagi nampak ada persamaan. bagi aku baik jadi diri sendiri sebab sampai bila kita nak tipu diri sendiri dan orang lain tambah-tambah pasangan.  dalam bab berkawan pulak jangan la kita ikut je cakap kawan sebab nak bagi nampak serasi. benda serasi nie datang @ wujud naturally... kalau dah tak serasi kita rasa ada je benda tak kena walaupun tak ada  apa yang tak kena. korang paham tak apa yang aku cuba sampai kan??? kalau tak faham buat-buat faham ok??  sweet je kan kalau tengok pasangan yang serasi, sejuk mata memandang sebab perkara yang dilakukan ada sefahaman. kerja jadi mudah. tapi tu la kalau dikira ada berapa kerat je orang yang mungkin serasi dengan kita. So, hargailah mereka.