Wednesday, November 14, 2012

soal hati???

Hati ini ingin benar berbicara,
terang tanpa lindungan awan,
biar tenang tanpa runsing,
rawan di hati,
mengapa sukar benar kata sayang?
sedangkan hati benar-benar begitu,
tanpa syarat , tanpa ragu,
sungguh berat menanggung rindu,
sungguh hati ini tak menipu,
biar kata orang aku berhati batu,
namun itulah aku,
maaf , ku harap sekalian mengerti,
aku memang begini,
tanpa bicara, kelu nak bersuara,
nak menyapa , nak bertanya?
ku harap benar kalian dapat memahami,
jika terasa hati,
apalah yng aku mampu lakukan,
mungkin cukuplah aku tahu,
yang sayang dan kasih ini takkan pernah surut,
sejak kenal erti kasih makna sayang.

p/s: dedicated to all love one :)


Tuesday, October 9, 2012

SI CINTA HATI

KASIH YANG TAK BERTEPI,
CINTA DIPENGHUJUNG RINDU
SEPANJANG PENANTIAN PENUH BERMAKNA,
MENANTI DIA YANG SUDI MENEMANI,
DIKALA SUKA DUKA KEHIDUPAN,
BUKAN RUPA JADI SEMPADAN,
AKHLAK TERPUJI JADI PILIHAN,
KERNA INGIN DIA MEMIMPIN UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT JUA,
INGIN AKU BERSAMA MEMUPUK CINTA PADA ILLAHI,
BERI KEKUATAN DALAM RANJAU KEHIDUPAN,
SENYUMAN MANIS BISA MELUPUTKAN SENDU TANGISAN,
KALA SUKA BERSAMA SI CINTA HATI,
DIA TAK LUPA MENGUCAP SYUKUR DENGAN NIKMAT YANG DIKURNIAKAN,
DIA JODOH YANG TERTULIS DI LUH MAHFUZ.
SEMOGA BERSAMANYA HINGGA KE SYURGA ABADI.



Sunday, August 19, 2012

raya menjelma with love

selamat hari raya maaf zahir dan batin. tahun nie merupakan tahun ketiga aka tahun terakhir beraya sebagai pelajar kejururawatan.. huhuhuhu, tahun depan insyaallah dah jadi staff nurse, maka akan bekerjalah di hari raya. jadi, tahun nie berayalah bersungguh-sungguh. hari nie raya pertama,sarah beraya kat rumah emak kat chemor. nanti beraya kat rumah ibu lak kat taiping...syukur alhamdullilah masih dipanjangkan umur dapat sambut hari raya. tadi pagi sempat solat sunat aidilfitri kat masjid tanah hitam dengan mak dan along. perut meragam lak hari nie maybe sebab dah biasa puasa. not in a best mood so  update la blog yang dah lama tak update. nak raya dengan tenang. :(  selamat hari raya semua... :)

Friday, June 22, 2012

Segmen Hujung Minggu: Aku Follow Kau Follow

Assalamualaikum...
Jom beraktiviti di laman maya ini ~~
Aku follow, kau follow~~
Time start now  22/6/2012 till 24/6/2012 (10PM)
p/s: klik banner diatas kalau nak join, jgn segan2 k.

~~ FIRST GIVEAWAY FROM ALIA~~

Assalamualaikum readers... :)
Jom join GA nie ~ ~ by ALIA
Tarikh tutup: 24 JUN 2012
sila  klik banner atau link ini  utk join : 
MEMBER2 yang diTAG:
p/s : hadiah menarik :)

DEAR EXAM....

pic ihsan dari blog~~

Hari ini JUMAAT bersamaan 22 Julai 2012, ada revision kelas dengan Puan Akma subjek GYNECOLOGY~~
Thanks a lot puan, banyak tips2 exam, hope boleh jawab exam dengan cemerlang dan gemilang.
huhuhuhuhuhu~~pas habis kelas terus mengadap laptop memang TERBAIK (imagine suara BOBOIBOY) la.
Aku memang ada penyakit kronik nie sejak dari sekolah lagi, ulangkaji time last minute.
Hadoi, kalau  rajin,
 rajin sangat kalau datang penyakit 'MALAS' tak dapek den nak nolong~~
orang kalau tension nak exam mengadap buku2 or nota2.. aku lak kalau tension
benda yang aku malas buat sebelum nie akan aku lakukan (ayat skema-mama)
contohnya : time nie la aku akan kemas almari, kemas buku bagi susun cantik2,
 tak pun update blog macam yang aku tengah buat sekarang~~ (jangan tiru aksi ini)

PAPER EXAM:
26/6/2012 - SUBJEK OBSTETRIC, GYNECOLOGY, PAEDIATRIC.
29/6/2012-SUBJEK MEDIKAL SURGIKAL 4 -sistem kulit,sistem saraf, sistem endocrine.

Dear exam, please be nice to me. hope can do better than last semester.
one more year only to go~~

"GiveAway preloved items by Anis Athia"


 Assalamualaikum blogger2 ~ ~

  just trying if i'm lucky enough to get the prizes~~
you-you and you also can join this GA~~
THIS GiveAway WILL BE CLOSED ON 12 JULY 2012 AT 11.00PM





 CLIK THIS LINK TO JOIN OR JUST CLICK THE BANNER : http://www.anisempoi.com/2012/06/giveaway-preloved-items.html

Wednesday, June 20, 2012

SEGMEN : Blogwalking & Follow :)




Assalamualaikum semua~~
salam sejahtera~~


 kali nie just try segmen BLOGWALKING & FOLLOW by Azimah Zulkifli~~

p/s: jom try jugak. :)  just click the banner, TQ dear.. :)


~~ Namanya SAHABAT~~



Namanya SAHABAT~~
Bila mana gembira tatkala sahabat gembira,
Boleh sama merai peritnya duka bila sahabat menangis derita,
Bisa menebak hanya dengan reaksi wajah,
Boleh berkongsi saat suka dan duka,

Namanya SAHABAT~~
Jika mampu jadi telinga yang mendengar berjam-jam lamanya,
Mampu jadi tangan yang membantu di kala susah,
Dapat melontar pendapat bila diminta,
Mengajak ke arah kebaikan sahabatnya, 
Dan mampu menegah bila perlu,

TERIMA KASIH SAHABATKU~~
Kerana memberi warna dalam kehidupan,
Memberi senyuman pengikat sayang,
Memberi dorongan pembakar semangat,
Dan memberi tanpa minta imbalan.

p/s : khas buat sahabat tak kira dimana anda berada. :)






Monday, June 18, 2012

Segmen Mya : I'm Inspired


Assalamualaikum blogger2 semua, ok ini kali pertama sarah join contest kat blog nie. Kalau korang nak join sila klik banner di atas oke !!! :)  saja nak mencuba nasib dan isi masa terluang~~ huhuhuhu esok exam sebenarnya. thanks a lot kepada mya farisha sebab rajin buat contest ni..ok, let go to the main point in this post.
jom tengok gambar my inspired ----->

cantik kan???


 Biodata Oki Setiana Dewi
Nama  : Oki Setiana Dewi
Nama Panggilan : Oki
Tempat / Tarikh Lahir : Batam, 13 Januari 1989
Nama Ayah : Sulyanto
Nama Ibu : Yunifah Lismawati
Hobi : Membaca, Menulis


kalau korang tengok cerita KETIKA CINTA BERTASBIH mesti korang kenal sape dia??? kalau korang nak tahu watak OKI dalam cerita tersebut sebagai ANNA. Firstly, kenapa sarah pilih OKI sebagai my inspired??? Sebab sarah kagum dengan kesungguhan OKI dalam menjadi wanita muslimah. Walaupun dia start menutup kepalanya aka bertudung hanya selepas usianya mencecah 16tahun tapi sekarang nie dia konsisten dengan pemakaian tudung labuh. Seterusnya, OKI jugak penulis novel Islamik. Zaman dulu2 sarah pun ada bercita-cita nak jadi penulis novel. Insyaallah, kalau ada rezeki ingin jadi penulis macam OKI.
Novel pertama tulisan OKI bertajuk CATATAN HATI OKI SETIANA DEWI yang menceritakan perjalanan menemui hidayah.
Novel keduapulak bertajuk SEJUTA PELANGI: PERNIK CINTA OKI SETIANA DEWI. Novel ini mengisahkan tentang individu yang memberi inspirasi dalam hidup OKI. Lastly, kalau korang nak tahu OKI ada suara yang sedap. Dia menyanyikan lagu  tema sinetron MIHRAB CINTA dan SUJUD KE SUJUD. Try dengar lagu ni kat YOUTUBE~~ nice songs :) OKI ada senyuman yang manis, dia contoh muslimah sejati. 
SHE INSPIRED ME~ ~



saya suka puisi~~



Wednesday, June 13, 2012

Jom ke dapur Sarah~~


Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna
**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.
Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.
creadit to:http://www.ciktom.com/resepi-apam-polkadot-comel-dan-sedap/



sarah dah try buat, awak, awak try la buat lak :) walaupun tak sebijik macam gambar diatas tapi masih boleh  dimakan.


Sunday, January 29, 2012

kekecewaan mungkin.....


Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
 Sekarang ini cik misi baru bangun dari sebuah mimpi yang lena, satu tamparan hebat dalam hidup. Satu peristiwa yang memberi pengajaran bahawa hidup tak selalu indah. Semoga Allah memberi kekuatan dengan dugaan yang diberi-Nya.
Begitulah kehidupan, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tetapi berusahalah untuk memperbaiki kehidupan ini. Doakan kebaikan semua orang, supaya hidup bahagia dunia akhirat.

Thursday, January 5, 2012

jiWa

Helaian kertas yang kosong aku buka,
Lembaran demi lembaran,
Ingin ku coret isi hati ini,
Namun tak terlihat,
SUKAR,
Perkataan yang tepat untuk segalanya,
Biar tersimpan tak terluah,
Jiwa jangan  kau terSEKSA,
Hati jangan terluka, 
Perasaan jangan merana,
Lihatlah dunia,
Aku masih berdiri TEGUH,
SYUKUR, masih diberi peluang menghirup udara segar,
Mampu bangun melihat dunia,
Sungguh, aku PERCAYA,
Mendungkan berlalu,
Bahagia akan tiba,
Usaha perlu ada, 
Maafkan sentiasa,
Kerana ALLAH sentiasa bersama hamba-NYA.

29122011