Monday, September 21, 2015

96 days to go.... Counting :)

Merisik sudah
Bertunang sudah
Sekarang counting untuk hari bersejarah dalam hidup pulak... Hari untuk bernikah... Wife to be... Rasa gembira ada, sedih ada, macam-macam perasaan ada... Gaduh dengan encik tunang hari- hari... Sakit kepala nak menguruskan apa yang patut. Kerja jauh dari rumah...cuti pun susah.. Nasib la.. Cuti sabtu & ahad lepas sempat buat kad pengenalan baru dan jumpa abang kandungku ambik salinan kad pengenalan dan surat lahir dia. Pastu balik kampung ambik salinan Surat Nikah ibu dan arwah abah dengan sijil kematian abah. cuti yang digunakan sebaik mungkin. :) stress pun ada. Hahaha...betul ke nak kahwin ni?






Ala-ala cinderella memakai kasut kaca... Bajet princess sangat.. Cari kasut pun susah. Saiz tak ada. Auntie Kat Kedai kasut tu cakap kaki Ku kurus...saiz 4 pun longgar sikit.. Beli jugak sebab itu kedai keempat yang dikunjungi untuk mencari kasut. Encik tunang pun tak larat nak window shopping dah. Nasib baik tak bertukar jadi hulk...Nak beli online kasut tak berani sebab tahu memang Susah nak cari saiz. Sekarang tengah fikir baju pulak. Semoga urusan dipermudahkan. Exam in progress ~~ masa ni la dugaan dan cabaran darah manis :) Baju encik tunang dah beli... Siap selfie lagi dalam fitting room. Bajuku belum ditemui..


Monday, September 7, 2015

Itulah sayang...

Terima kasih encik tunang datang teluk intan semata-mata nak teman shopping barang makanan.
Terima kasih belanja lunch. Thanks bersungguh-sungguh suruh habiskan makanan tu. Maap tak leh habiskan. Perut dah kenyang tengok muka u. Hahahaha..kuat propa bakal wife u ni. Tak berapa nak sihat tu sebab tak habis makan. Tahukan orang kuat makan sebenarnya.




Ada nampak muka orang tak sihat tak? Tak ada kan? Betul tak sihat. Kepala sakit. Bukan boleh nampak pun kan? Encik tunang pun agak kurang percaya. Hahahaha..dia nak bakal wife dia golek-golek Kat lantai baru nak percaya apa?



Hasil buruan bersama. Dia la tolong pilihkan bawang dan semua. I tolong cakap je nak apa...
I : nak beli kicap laa..
U: kicap apa?
I: kicap jalen sedap tak? (Selalu dengar promosi Kat radio)
U: entahlah..biasa Kat rumah guna kicap Suria je.
I: kicap suria pun surialah. ( nampaknya promosi bakal suami lagi berjaya daripada promosi radio or TV.) Pastu kejadian yang tak leh dilupakan masa Kat tempat makanan basah tiba-tiba rasa nak muntah. Cakap Kat dia. Dia cakap tahan jap. Aku pun cuba bawa bertenang. Mana mampu..pastu muntah la. Adoi...nasib baik tengah pegang plastik nak pilih bawang kononnya. Tu la tak percaya lagi orang tak sihat. Nasib baik tak buat drama jatuh pengsan Kat situ. 2.6 billion thanks to Meor Adzim sebab layan kerenah saya.

Tuesday, July 28, 2015

Syawal tanpamu abah...

Tahun ini tahun paling sedih beraya tanpa abah
Abah pergi buat selamanya tanggal 1 Ramadhan
Pergi yang tak kembali
Tiada lagi panggilan abah
Tiada lagi soalan abah
"Kakak, bila nak nikah?"
Kak mintak abah tunggu...
Tapi abah pergi dulu..
Abah tak tunggu...
Abah tak sempat tengok anak bongsu abah jadi isteri orang..
Abah...kak rindu kat abah...
Rindu sangat...



Thursday, March 26, 2015

Walimatul Urus 2015

Hari sabtu lepas pergi majlis walimah saudara encik tunang Kat teluk Intan..bakal mak mertua dan bakal adik ipar pun datang jugak. Memandangkan majlis tu dekat teluk Intan Dan masa tu tengah kerja shift malam. Jadi me as bakal keluarga pun ikut sekali.. Tema rumah pengantin pink and grey pengantin pakai baju warna dark green. Simple but elegent. Tengok orang lain kahwin rasa nak jgk jadi pengantin :) berangan. Belum sampai masanya lagi. Soon :) doakan. Sejak kebelakangan banyak problem. Bila ada problem. Stress..jadi gaduh pulak. Doakan agar jodoh ni berpanjangan...maaf encik tunang selalu kusutkan fikiran awak. Maaf OK. 0-0..
Next :)
Lepas kenduri pi menara condong...
Ala yg famous macam menara Pisa Kat itali tu.
First time dapat naik atas..selalu tengok dari luar je.
Selama setahun lebih duduk teluk Intan pertama kali dapat naik menara condong. Eksited lebih... Lupa kena kerja malam... Tq encik tunang naik sekali panjat tangga walaupun agak tak rela.


Sunday, March 15, 2015

Cuti sekolah banyak la orang kahwin.. Banyak post gambar kahwin..nikah..tunang :) tahniah semua.. Dalam proses bertunang ni banyak fikir pasal pre wedding dan post wedding. Dah sedia ke nak jadi wife..nak jadi menantu...nak jadi ahli dalam keluarga baru. Betul la...banyak dugaan dalam tempoh bertunang ni. Masa ni buat apa ...nak cakap apa pun kena fikir hati pasangan. Kadang2 terlepas jugak cakap tu bila cakap masa tengah marah. Maaf incik tunang.. Bersyukur sgt dapat incik tunang yg bukan jenis cepat nak marah.. Dia buat muka je kalau marah... Pastu bebel ... Sarah jgn macam ni... Sarah jgn lupa mkn... Sarah jgn membazir.. Persediaan nak kahwin... Tak tahu nak mula dari mana... Next.. Nanti fikir :)







Sunday, February 15, 2015

Muchas gracias :)

14 February 2015
Terima kasih incik boss (suara kartun)
ehh!!!! Salah :)
Thank you so much incik tunang
Bawak pi kenduri kahwin ur bos kat Manjung.
Semoga hubungan kekal ke Jannah buat pasangan pengantin..
Haiiip!! Ucapan ni bukan utk awk ye incik tunang.
Terima kasih for short vacation. INI ucapan khas buat my incik fiance.

Pi teluk batik - main di gigi air pun OK walaupun tak dapat berenang. Gila nak mandi laut tengahari buta. Kan??? Kan? Sedapkan hati. Tsk!!tsk!!! Lain Kali dtg lagi... Insyaallah,dengan incik hubby pulak. Berangan.


Pi marina island - tangkap gambar sempena tahun baru cina :) pun boleh... Janji jalan2 walaupun panas membahang.


Pi lumut - shopping jajan makanan laut. Satey ikang.

Lastly dinner :)
Candle light dinner for both of us... Hahahaha.. Berangan lagi.
Makan Kat Jelapang. Nama Kedai tak tahu. Lupa nak tanya Kat incik tunang. Makan nasi goreng ikan rebus.. Sebab Kedai tu famous dengan nasi goreng ikang rebus. Tak ada gambar sebab lapar Sgt. Tq incik tunang belanja makan angin Dan makan nasi... Makan angin seharian...tipu!! Duk melantak keropok twisties... Bahulu dapat Kat kenduri...kitkat..air mineral...air anggur...sungguh membela diri...
Terima kasih jugak for my little sister jadi peneman setia. Tak keluar berdua-dua k. Bertiga... So, thank you untuk percutian yang tak dirancang ini.










Thursday, February 5, 2015

Unbelievable.... Believe it or not :)

Macam tak percaya dah jadi tunangan orang... Lagi tak percaya jadi tunang kepada kawan sekolah sendiri... Kawan sekelas masa tingkatan 6... Sama-sama mengadap pengetua masa nak berhenti tingkatan 6 sebab dapat SPA... Just a memory... Bila dah tertulis jodoh ITU Ada bila mana sekuat apa aku nafikan tetap dia tertulis jodoh aku. Pernah kena perli sebab rapat dengan dia ...of course la makwe dia masa tu pm kat fb....Nak tergelak pun ada.. Bengang pun ada... Roommate masa belajar dulu tahu la kisahnya... Kawan je pun tapi kena tuduh nak Kat boyfriend dia...Tapi tu la just memory... Aku anggap dia kawan... Tapi sekarang dah jadi tunang... Bukan bercinta dari sekolah... Walaupun kenal masa sekolah okey!!! Masa sekolah tak suka mamat ni sebab dia banyak cakap... Hahahaha... Confession :) tu la tak suka lagi... Kalau dah jodoh.... UKE...






Wednesday, January 28, 2015

Selamat ulang tahun cinta

Ingin saja ku berikan
Segala yang kau impikan
Mimpi yang sering kau katakan
Namun ku punya batasan
Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya bagiku
Ku tak punya wang berjuta
Apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah
Agar kau rasa berharga
Ini saja yang ku mampu
Sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka
Selamat ulang tahun cinta
Tak termampu gambar dengan kata
Rasa gentar dalam jiwa
Satu purnama ku tak lena
Fikir lirik paling indah
Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya bagiku
Ku tak punya wang berjuta
Apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah
Agar kau rasa berharga
Ini saja yang ku mampu
Sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka
Selamat ulang tahun cinta
Kini tiba masanya kau lebih dewasa
Kini bukan masanya untuk kau berduka lara
Dunia dulu kini tak sama
Banyak dugaan jadi kau harus waspada
Benar kata mereka kata ku ini bukan anak raja
Ku tak punya wang berjuta atas satu dunia
Hanya sebuah lagu istimewa yang ku cipta
Baby, this is special for you
Selamat ulang tahun cinta
Kau teristimewa
Kaulah penyeri dunia
Engkaulah segalanya
Ku tak punya wang berjuta
Apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah
Agar kau rasa berharga
Ini saja yang ku mampu
Sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka
Harap kau sudi terima
Moga kau selalu tertawa
Ceria di samping keluarga
Bahagia yang engkau rasa
Kekal sampai bila-bila
Ini saja yang ku mampu
Sebuah lagu khas untukmu
Ku harap engkau kan suka
Selamat ulang tahun cinta
Baby, this is special for you
Selamat ulang tahun cinta
Selamat ulang tahun cinta
Selamat ulang tahun cinta


Selamat ulang tahun cinta... Ke-24 tahun... Happy belated birthday for us... 12 januari & 14 januari.. Selamat menjadi Encik tunang... 24 januari... daripada kawan sekolah jadi Encik tunang...tq sebab sabar dan bersungguh - sungguh dalam hubungan ni. Kisah lama kita simpan sebagai pengalaman hidup. Mulakan kisah baru..kisah kita dengan restu keluarga. Chaiyok!!! Chaiyok!!!

Tuesday, December 30, 2014

Khas buat awak encik bb :)

_terima kasih_
Buat saya tersenyum
Buat saya gembira
Sentiasa jadi penguat semangat
Cuba dan cuba memahami saya
Sentiasa buat saya rasa istimewa di mata awak
Walaupun saya biasa-biasa je

Maaf sebab
Tak pernah ucap sayang
Tak pernah tunjuk saya kisah pasal awak
Pernah tak percaya
Pernah meragui kasih awak
Pernah mengecewakan awak

Bermula sebagai kawan
Moga hingga akhir hayat kekal bersama


Monday, August 4, 2014

Sedang belajar.

Aku
Sedang belajar
Terima kamu seadanya
Belajar sayang kamu sederhana
Fahami kamu sedalamnya
Cinta keluargamu sama rata

Aku
Sedang belajar
Perbaiki diri
Berdikari
Cintai diri
Bahagiakan family

Aku
Sedang belajar
Tentang kita
Bahagia dan suka mimpi kita
Buruk dan kejam yang nyata

Aku
Sedang belajar
Nyatakan yang fakta tentang aku
Buruk dan indah
Semoga yang tercipta bukan hanya ilusi kamu
Terima aku apa adanya





Cinta

Cinta hati says :)

Saturday, January 11, 2014

Esok..
12 Januari tiba lagi
pertambahan usia
23 tahun
Alhamdulillah
masih dipanjangkan umur
moga masa yang ada di manfaatkan untuk kebaikan,
sekarang dah kerja,
fikir masa depan
nak pakai kereta apa?
nak beli rumah kat mana?
nak nikah dengan siapa?
ingat kalau orang datang meminang kalau keluarga terima ,
maka jadilah..senang bukan?
nak tingkatkan amalan untuk kehidupan disana..
terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam kehidupan ini. :)


Thursday, July 18, 2013

INGAT !!!

Hidup ini bukan macam iklan, filem atau telefilem dalam TV tu, hidup ini bukan untuk enjoy je tapi bertujuan jadi tentukan tujuan hidup, matlamat apa yang nak dicapai sentiasa doa untuk kebaikan sendiri dan orang lain.Berfikiran positif. Bahagiakan orang disekeliling semoga kita juga rasa bahagia. Tapi hidup ini takkan sentiasa mudah. Allah pasti akan uji hamba-NYA. JUST ingat , bila rasa down, rasa orang lain tak pedulikan kita, Allah sentiasa ada.

Saat kamu tidak punya siapa-siapa selain Allah, Allah itu lebih dari cukup... "Ingatlah aku, aku pasti ingat padamu..." -Al-Baqarah: 152 


Tuesday, January 1, 2013

what i want for the new year?????

selamat tahun baru semua, hope semua azam tahun lepas dah termakbul dan berjaya dilaksanakan dengan jayanya. tahun baru azam dan cita-cita pun baru la kan??? i got 6 months to go in nursing college. oh my english!!! semoga aku n the geng july 2010 lulus dengan cemerlang dan  terbilang dalam peperiksaan. LJM (lembaga jururawat malaysia) and not to forget lagi 11 hari my birthday... i want a big teddy bear mommy~~

huhuhuhu, dah tua la ~~ tapi perangai mengalahkan budak tadika.  sape yg rapat je tahu perangai kebudakan aku nie. jadi azam tahun nie nak berubah jadi seorang yang lebih baik dari tahun lepas-lepas. tak mau manja-manja dah , umur dah dekat 1/4 abad dah. lepas ni nak fokus utk future. nak kerja kat mana? nak beli kereta apa? nak kumpul duit pi umrah & haji bila?  dan jika dengan izin-NYA aku ingat nak ambik anak angkat~~ sweet tak azam aku nie? tapi bila ekonomi dah stabil la, sebab ini nak jaga anak orang bukan anak patung. doakan aku yerk semua... :)


Gambar kat atas tu gambar aku dengan my lovely niece, nama dia naurah delisya... ada ciri2 mummy yg baik tak???  korang nak tahu sekarang nie semua kwn-kwn aku masa sekolah and kolej duk update status bukan kat FB je tapi dalam kehidupan sebenar gak. depa duk naik pangkat jadi makwe org la, jd bf org la, bertunang la, jadi isteri la, jadi suami la, jadi mak org la, jadi bapak org la.aku doakan korang berbahagia hingga ke syurga. lupa pulak nak ucapkan selamat jadi suami orang buat my beloved brother shahrizan saaidin. hope jadi suami yang soleh yg dapat bimbing kak norhidayah ibrahim. sweet tak my wish~~ kalau la abg aku baca comfirm dia touching siap nangis lagi... gurauan semata-mata yerk abg ijan.



sebenarnya, hari-hari aku nak update blog tapi bila buka jer blog aku jadi tak ketahuan nak tulis apa. so, azam tahun ni nak rajin-rajin kan diri update blog.hohoho, banyak betul azam siti sarah saaidin nie. yela, kita rancang dan usaha namun Allah yang tentukan.
that all for the new year~~
till then~~
assalamualaikum.

Wednesday, November 14, 2012

soal hati???

Hati ini ingin benar berbicara,
terang tanpa lindungan awan,
biar tenang tanpa runsing,
rawan di hati,
mengapa sukar benar kata sayang?
sedangkan hati benar-benar begitu,
tanpa syarat , tanpa ragu,
sungguh berat menanggung rindu,
sungguh hati ini tak menipu,
biar kata orang aku berhati batu,
namun itulah aku,
maaf , ku harap sekalian mengerti,
aku memang begini,
tanpa bicara, kelu nak bersuara,
nak menyapa , nak bertanya?
ku harap benar kalian dapat memahami,
jika terasa hati,
apalah yng aku mampu lakukan,
mungkin cukuplah aku tahu,
yang sayang dan kasih ini takkan pernah surut,
sejak kenal erti kasih makna sayang.

p/s: dedicated to all love one :)


Tuesday, October 9, 2012

SI CINTA HATI

KASIH YANG TAK BERTEPI,
CINTA DIPENGHUJUNG RINDU
SEPANJANG PENANTIAN PENUH BERMAKNA,
MENANTI DIA YANG SUDI MENEMANI,
DIKALA SUKA DUKA KEHIDUPAN,
BUKAN RUPA JADI SEMPADAN,
AKHLAK TERPUJI JADI PILIHAN,
KERNA INGIN DIA MEMIMPIN UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT JUA,
INGIN AKU BERSAMA MEMUPUK CINTA PADA ILLAHI,
BERI KEKUATAN DALAM RANJAU KEHIDUPAN,
SENYUMAN MANIS BISA MELUPUTKAN SENDU TANGISAN,
KALA SUKA BERSAMA SI CINTA HATI,
DIA TAK LUPA MENGUCAP SYUKUR DENGAN NIKMAT YANG DIKURNIAKAN,
DIA JODOH YANG TERTULIS DI LUH MAHFUZ.
SEMOGA BERSAMANYA HINGGA KE SYURGA ABADI.



Sunday, August 19, 2012

raya menjelma with love

selamat hari raya maaf zahir dan batin. tahun nie merupakan tahun ketiga aka tahun terakhir beraya sebagai pelajar kejururawatan.. huhuhuhu, tahun depan insyaallah dah jadi staff nurse, maka akan bekerjalah di hari raya. jadi, tahun nie berayalah bersungguh-sungguh. hari nie raya pertama,sarah beraya kat rumah emak kat chemor. nanti beraya kat rumah ibu lak kat taiping...syukur alhamdullilah masih dipanjangkan umur dapat sambut hari raya. tadi pagi sempat solat sunat aidilfitri kat masjid tanah hitam dengan mak dan along. perut meragam lak hari nie maybe sebab dah biasa puasa. not in a best mood so  update la blog yang dah lama tak update. nak raya dengan tenang. :(  selamat hari raya semua... :)

Friday, June 22, 2012

Segmen Hujung Minggu: Aku Follow Kau Follow

Assalamualaikum...
Jom beraktiviti di laman maya ini ~~
Aku follow, kau follow~~
Time start now  22/6/2012 till 24/6/2012 (10PM)
p/s: klik banner diatas kalau nak join, jgn segan2 k.

~~ FIRST GIVEAWAY FROM ALIA~~

Assalamualaikum readers... :)
Jom join GA nie ~ ~ by ALIA
Tarikh tutup: 24 JUN 2012
sila  klik banner atau link ini  utk join : 
MEMBER2 yang diTAG:
p/s : hadiah menarik :)

DEAR EXAM....

pic ihsan dari blog~~

Hari ini JUMAAT bersamaan 22 Julai 2012, ada revision kelas dengan Puan Akma subjek GYNECOLOGY~~
Thanks a lot puan, banyak tips2 exam, hope boleh jawab exam dengan cemerlang dan gemilang.
huhuhuhuhuhu~~pas habis kelas terus mengadap laptop memang TERBAIK (imagine suara BOBOIBOY) la.
Aku memang ada penyakit kronik nie sejak dari sekolah lagi, ulangkaji time last minute.
Hadoi, kalau  rajin,
 rajin sangat kalau datang penyakit 'MALAS' tak dapek den nak nolong~~
orang kalau tension nak exam mengadap buku2 or nota2.. aku lak kalau tension
benda yang aku malas buat sebelum nie akan aku lakukan (ayat skema-mama)
contohnya : time nie la aku akan kemas almari, kemas buku bagi susun cantik2,
 tak pun update blog macam yang aku tengah buat sekarang~~ (jangan tiru aksi ini)

PAPER EXAM:
26/6/2012 - SUBJEK OBSTETRIC, GYNECOLOGY, PAEDIATRIC.
29/6/2012-SUBJEK MEDIKAL SURGIKAL 4 -sistem kulit,sistem saraf, sistem endocrine.

Dear exam, please be nice to me. hope can do better than last semester.
one more year only to go~~