Monday, December 27, 2010

SAHABAT

Tiada kata secantik bahasa yang dapat ku ungkapkan,
Cuma luahan rasa melalui coretan pena,
Sahabat,
Kau terlalu bererti dalam diari hidupku,
Ku akui kita amat berbeza,
Bagai langit dan bumi,
Kau si peramah,
Aku si bisu,
Kau si penegak keadilan,
Dan aku pula penyimpan rahsia,
Mungkin itu penguat persahabatan kita,
Andai kau membaca coretan ini,
Ingin ku sampaikan suara hati ini,
Aku amat menyayangimu,
Kau teristimewa dalam hati ini,
Kau sahabatku.

created by,
sarah
20/12/2010
9.05a.m

Aku Terpana..... :)


Waktu itu,
Pertemuan pertama,
Tidak diduga,
Penampilanmu bersahaja,
Tiada rambut yang mencacak,
Cuma kopiah yang menutupi rambutmu,
Tiada suara,
Cuma pandangan bertemu,
Aku terpana,
Tiada apa,
Kau sedang mencari cinta yang AGUNG
Aku kagum,
Ingin aku menjadi sepertimu,
Doakan aku.

created by,
sarah
19/12/2010

Manusia Biasa....

Seakan aku terdengar suara hatiku, 
Yang sayu,
Aku dan keliru bersatu,
Adakah itu aku?
Soalan-soalan menerjah mindaku,
Egoiskah aku?
Sombongkah aku?
Hipokritkah aku?
Ya, aku manusia biasa,
Kadang terbuai dengan nafsu amarah,
Mengapa aku?
Bukan dia atau kamu,
Tidak mahu aku tertanya lagi,
Persoalan ini harus diam,
Jangan bersuara,
Kerna tiada jawapan yang pasti,
Namun ku pohon,
Maafkan aku jika aku begitu.


created by,
sarah
20/12/2010

DIAM

 
 
Diam,
tak bermakna aku bisu,
Tak bermakna aku malu,
Tak bermakna aku kaku,
 
Diam,
Bererti aku mendengar bicaramu,
Bererti aku memerhati tingkahmu,
Bererti aku cuba memahamimu,
 
Diam,
Cuba kau diam,
Dengar, perhati dan fahami aku,
Supaya kau dapat menafsir aku,
Aku bukan si hati batu.
 
 
 
created by, 
sarah
19/12/2010

Sunday, December 26, 2010

Coretan Si Pemerhati....



Mata ini sakit,
Hati ini luka,
Mengapa jadi begini?
Anak-anak muda berpeleseran,
Kurang baju,
Tiada malu,
Agama hanya pada nama,
Mana pergi jati diri bangsaku,
Diagungkan bangsa luar yang dikatakan maju, 
Diikuti budaya yang tidak perlu,
Sedarlah wahai bangsaku,
Jangan sampai hilang jati diri orang Melayu.

created by,
sarah
15/12/2010

Luahan rasa hati.........


Luahan rasa sukar dimengerti,
Kadang-kala kata-kata tak setanding perasaan,
Bagaimana harus ku ungkapkan ia, 
Cinta,
Menyatakan semudah rasa,
Praktisnya sukar dilaksana,
Aku tidak mahu menjadi hamba cinta,
Juga tidak mahu menjadi penakluknya,
Ingin aku dicintai kerana-NYA.



created by,
sarah
14/12/2010
9.30am


Insan-insani....



Wajah-wajah yang suram,
Mengejar duniawi,
Terleka dengan puisi dunia ciptaan sendiri,
Materialistik di mata dan hati,
Relung-relung hati kelam, 
Tidak diisi dengan pengisian ukhrawi,
Mungkir pada janji untuk menjadi hamba yang berbakti,
Kembalilah wahai insan-insani,
Pada jalan yang lurus,
Jangan leka dengan mainan syaitan yang dilaknati, 
Ia membawa kesesatan menuju neraka yang menanti.



created by,
sarah
15/12/2010

Tuesday, September 28, 2010

Rayer 2010...

Hari raya tahun nie masih sama dengan hari raya tahun sebelumnya.
Raya kedua baru la nampak muka member datang rumah. 
Hari raya kedua jugak family dari Taiping datang rumah, meriah  rumah. 
Mak masak bihun sup dan mee bandung. 
Tahun nie masa raya aku tak jumpa kak ani,kak ana, abg sham,kak ila and family sebab aku beraya kat Chemor dulu. 
Hari raya ketiga family mak lang datang rumah beraya. 
Just hidangan yang simple, mee goreng. Air tangan mak kan? semua sedap!! 
Bila la aku lak nak masak untuk mak?? no comment. :)  
Mm..just a simple HARI RAYA 2010, tapi tetap akan menjadi ingatan sampai bila-bila. :)

p/s : selamat hari raya buat semua...terutama yg mengenali diri ini. ampun maaf dipinta jika terkasar bahasa dan tingkah laku yg kurang menyenangkan semua.

Thursday, September 9, 2010

Esok rayer!!!!!!!!

tart gulung

Masa berlalu begitu pantas, rasanyer baru semalam berterawih bersama-sama rakan2 seperjuangan kat surau berdekatan dengan hostel kami. sekarang masing2 dah balik ke rumah sendiri, tapi lepas cuti 2 minggu kami akan bersama-sama berkumpul lagi untuk meneruskan pengajian. tadi aku tolong mak kupas bawang untuk buat rendang. waaa...pedihnyer mata ni,sabar je la. nasib baik rendang yg mak aku buat sedap,  memang berbaloi!! malam ni kena kemas rumah. rindu nyer raya masa kecik2 dulu. sekarang mood rayer dah berkurangan. tahun ni mak bersemangat nak sambut rayer, mungkin sebab inilah masa kami sekeluarga dapat berkumpul bersama. ye la, sekarang aku belajar kat KUALA LUMPUR, along lak kat MATRIK GOPENG, abang kat TAIPING , man kat SEKOLAH TEKNIK. tinggallah mak dengan athirah dan fuad kat rumah. kalau boleh aku pun nak duduk dengan mak jer tapi dah dapat tempat belajar yang jauh nak buat camner. kuih rayer tahun ni semua mak buat. aku tolong sikit jer sbb balik rumah pun dah nak dekat rayer. mak memang pandai memasak. kuih rayer yang mak buat tahun ni kuih siput, almond london, simpul kasih, tart gulung, semperit, dan lain2 lagi. mm..tak ingat, banyak sangat. sebelum aku lupa,  di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. aku manusia biasa banyak kesilapan & kesalahan yang sengaja dan tidak disengajakan aku lakukan. semoga rayer ni membawa satu permulaan baru dan baik dalam kehidupan aku , kamu dan semua. :)

Ramadhan berlalu, Syawal menjelma......

yg pakai baju putih  tue bakal kakak ipar & baby boy tue naufal asthaqif
Bulan Ramadhan semakin hampir ke penghujung, bermakna tak lama lagi bulan Syawal menjelma. Tak sabar nak beraya tahun nie. Berjauhan selama 2 bulan dari keluarga sebab sambung belajar buatkan aku lebih memahami erti kerinduan. Betapa rindunya ayah & ibu yang menanti kepulangan anak2 mereka terutama yang jarang sekali nak balik rumah. jadi sape2 yang ada ayah & ibu lagi, jgn pentingkan kerjaya dari keluarga. balik lah beraya dgn keluarga sementara masih ada kesempatan. 3
tahun lagi aku akan bergelar NURSE jadi mungkin masa tu aku terpaksa bertugas pada hari raya. tak dapat aku bayangkan beraya tanpa keluarga di sisi. tapi tak pe, thinks positive.. tahun nie baju raya aku warna HITAM raya pertama & kedua kat CHEMOR . raya ketiga baru balik TAIPING. tahun nie ahli keluarga aku makin bertambah dgn kehadiran anak saudara baru   NAUFAL ASTHAQIF & tunang abangku (abang ijan). makin meriah la rumah abah & ibu dengan kehadiran anak, menantu & cucu2 kesayangan.   semoga Syawal yang bakal menjelma merapatkan lagi hubungan  kami sekeluarga. 
                          I LOVE MY FAMILY    

Wednesday, September 8, 2010

dunia blogku....

Hari nie hati aku terbuka untuk masuk dunia blogging...antara sebab2 nyer adalah :-
  1. ramai kwn2 n sepupu aku yg dah start jd blogger.
  2. aku nak wt sesuatu yg aku suka..iaitu menulis.
  3. salah satu cara aku mengekspresikan perasaan aku.
  4. mungkin ini salah satu cara menghilangkan stress.
  5. nak cari kawan2 yg sekepala dgn aku, yang suka pada bidang sastera.