Saturday, December 17, 2011

moment...

Setiap peristiwa yang sudah kita lalui merupakan detik-detik terindah dalam hidup.
suka duka, pahit maung setiap apa yang dilalui akan rasa indah bila diingat kembali.
percaya atau tidak itulah kenyaatan. walau seperit mana pun peristiwa yang dilalui di suatu ketika bila diingat kembali ia akan menjadi sesuatu yang berbeza. Ia berbeza kerana cara kita mentafsir perkara tersebut pada saat yang berbeza. contohnya kita pernah terjatuh dari basikal, perasaan ketika  itu mestilah sakit, marah dan semua perasaan negatif. Dan mungkin di suatu masa kita boleh ketawa mengingati peristiwa pernah jatuh basikal. 
Itulah kehidupan, masa yang berlalu takkan kembali. Usia meningkat , angka umur makin bertambah.Gunakan lah masa yang ada untuk sesuatu yang berfaedah, jangan buat orang lain sedih kalau kita tak mampu nak gembirakan orang lain. mudahkan kerja orang lain supaya ALLAH mudahkan kerja kita. Bak kata pujangga hidup ini umpama roda, kita jangan leka bila diatas dan jangan pernah menyerah bila dibawah. 
Usaha tangga kejayaan. 



Thursday, November 24, 2011

~~~anak emak~~~~~

post kali ini  nak story pasal aku..
aku memang anak mak- susah nak berjauhan dari mak.
rasa macam sesuatu tak kena je.
paling jauh pun  sekarang la.aku study kat KL dan mak kat rumah di  CHEMOR.
sayang sangat kat mak.
my MAK is  the best mum in the world.
tak ada sape yang dapat ganti tempat mak dalam hati ini.
MAK you're special ....



Saturday, October 29, 2011

Nice to know.... :)

Perhatian to orang2 kampung..
post ana pasal hati & perasaan tu ikhlas dari hati
dan tidak ada kena-mengena kat sesiapa....
 luahan tu khas tuk my beloved future hubby yerk...
sekarang dia tak wujud lagi dalam hidup ana...
hopefully one fine day dia akan muncul and we will life happily ever after
(insyaallah)  kalau umur dan ada jodoh ana la.... :)




Friday, October 28, 2011

awak rasa kita serasi tak????? :)


Nurul & Ajai - Serasi Bersama


Semakin hari aku rasalah
Kita macam makin serasi
Kau rasa tak?
Semakin hari semakin serasi
Bagai pagi dengan sinar matahari
Bagai malam dengan kerdipan bintang yang berseri
Terlintas saja hati belum ku luahkan
Kau dah pun tahu bagai tiada lagi rahsia
Antara diri kita berdua
Semakin hari semakin serasi
Bagai gelora dan laut air dan tasik
Tak dicemari bagai puncak dan lembah lereng dan titi
Terguris saja hati belum ku tangis ku
Dah kau belai seperti sakit ku ini
Kau yang terasa jiwa kita serupa
Kita bagai satu permata
Terbelah bercantum semula
Hingga langsung tiada terlihat garisnya
Pemisah halus rambut dibelah halus
Kita bagai satu jiwa
Yang bercerai terpatri kembali
Hingga langsung tiada terlihat lainnya
Di dalam hanya ada kekasih hati
kekasih hatiku....



compatible, atau dalam bahasa melayu serasi. macam mana kita nak tahu seseorang itu serasi atau tidak serasi dengan kita? soalan itu selalu bermain dalam fikiran tambah-tambah lagi bagi pasangan bercinta. serasi ker tak dia dengan aku? kadang-kadang seseorang tu sanggup jadi orang lain supaya dia nampak serasi @ lebih tepat lagi nampak ada persamaan. bagi aku baik jadi diri sendiri sebab sampai bila kita nak tipu diri sendiri dan orang lain tambah-tambah pasangan.  dalam bab berkawan pulak jangan la kita ikut je cakap kawan sebab nak bagi nampak serasi. benda serasi nie datang @ wujud naturally... kalau dah tak serasi kita rasa ada je benda tak kena walaupun tak ada  apa yang tak kena. korang paham tak apa yang aku cuba sampai kan??? kalau tak faham buat-buat faham ok??  sweet je kan kalau tengok pasangan yang serasi, sejuk mata memandang sebab perkara yang dilakukan ada sefahaman. kerja jadi mudah. tapi tu la kalau dikira ada berapa kerat je orang yang mungkin serasi dengan kita. So, hargailah mereka. 

Thursday, October 27, 2011

aku dan dia--------> cinta


Bicara soal hati dan perasaan bukan hal yang senang nak diluahkan.
Cinta sesuatu yang amat sukar dinyatakan, hanya yang rasa tahu. 
Hari-hari yang berlalu dirasakan indah. 
Bunga-bunga mekar harum setaman.
Rindu terasa mengisi ruang,
Saat berlalu terasa berharga bila cinta bersama.

Aku dan dia------> cinta. 
aku ingin jadi yang terbaik buat dia.
sebagaimana dia berusaha menjadi khalifah yang terbaik buat keluarga.
aku ingin dia bahagia.
sebagaimana dia berusaha membahagiakan aku sentiasa.
aku ingin bersama dia sentiasa kala suka dan duka.
saat dia juga tak lupa tanggungjawabnya.
aku ingin capai cita-cita bersama dia.
supaya kami sama-sama berjaya.
aku ingin jadi pendorong dia.
sebagaimana dia jadi pendorong aku kala aku lemah tak bermaya.
aku ingin jadi yang solehah.
sebagaimana dia berusaha menjadi yang soleh yang mampu membimbing keluarga.


Aku dan dia-------->cinta.
aku ingin jadi kekasih halalnya.
aku ingin jadi sahabatnya.
aku ingin jadi ibu buat anak-anaknya.
aku ingin jadi anak buat kedua orang tuanya.
aku ingin jadi cinta hatinya buat selamanya. 
Atas izin-NYA jua.
Insyaallah...... :)









Wednesday, October 5, 2011

<<< DIA ALONG >>


ACIK, ALONG,ANGAH

  • Hari nie aku nak story pasal aku dan ALONG,  aku ni dah kenal dia lama dah lebih kurang 19 tahun. 
  • Susah ,senang , gaduh macam nak berperang semua aku dah lalui dengan dia. dia kawan , dia jugak la musuh dia cikgu, dia murid, dia pemberi inspirasi kadang-kadang dia juga tukang bagi comment yang menyakitkan hati.. 
  • Aku panggil dia ALONG. Dulu masa kecik-kecik selalu panggil dia tapi dalam nada ejaan...             A-LO-NG----> ALONG!!! sebab dulu kan ada cerita kanak-kanak tajuk nya ALONG.
  •  BENDA YANG ADA PAKATAN BAIK PUNYA-time kitaorang makan laksa dan cerita pasal buku. 
HOBI BERSAMA.....

  • Tapi dalam bab-bab lain langsung tak sama. dia suka makanan yang pedas, aku alergik dengan cili,cabai n lada. aku suka tengok kartun, dia tak faham. dia terer math, aku malas sekali.
  •  Pada pandangan aku kitaorang sangat2 la berbeza tapi leh go on, ada kimia bak kata emelda.
  •  Tapi betul aku salute kat dia sebab dia jenis yang  KUAT PENDIRIAN, walaupun kadang-kadang aku rasa dia macam hati batu. Kat hati yang macam batu nie la aku kongsi cerita, apa yang beban kan hati aku, pasal family, pasal kawan, pasal orang sekeliling, pasal manusia yang aku tak faham.
  •  So, aku sangat-sangat bersyukur sebab dia jadi adik aku. 
ALONG
KAKAK

Wednesday, September 7, 2011

Jejalan ke Kuala Terengganu... :)

Aku nak story pasal pi jejalan ke terengganu bersama family. Sebenarnya tak rancang pun nak pergi sana sebab cuti raya aku sampai 4 haribulan september jer, pasal nak hantar adik aku mira yang dapat tawaran belajar kat UNISZA. tu yang dapat pi jejalan kat sana. best , tapi penat tak tahu nak cakap arr.. yela dari ipoh (spesific lg chemor) terus ke KL then naik lebuhraya pantai timur, lalu Pahang. benda yang leh tengok paling banyak sekali POKOK KELAPA SAWIT. kalau la semua kebun kelapa sawit tu aku yang punyer kan SYOK...(hahahhaha, berangan kejap) yela nak buat apa lagi sepanjang perjalanan..takkan nak memancing ikan kot kan? bertolak dari rumah dalam pukul 7pagi sampai KUALA TERENGGANU 7malam. 12jam yang sangat menguji...tapi lagi kesian kat driver, thanks a lot to abg fuad...kalau tak, tak dapat la pi sana. benda pertama yang aku nak tengok masa sampai kat sana ...cer teka??? aku nak tengok pantai..bajet macam kat PERAK nie tak da pantai kan?? lain tempat lain pemandangan lorh...  Pas tengok pantai & laut , kitaorng mula la mencari tempat tido, hotel yg adik aku tempah entah kat ceruk mana... dia cakap setengah jam dari UNISZA, satu lg problem takut jauh sangat dah la kitaorang ni bukan orang sini, kang sesat tido dalam kete la jawab nyer. then tgk kat tepi jalan sepanjang UNISZA tu bersepah-sepah papan tanda yg menawarkan homestay. So, call la, tapi kebanyakkan nyer dah penuh. But lastly dapat la satu homestay nie yang masih ada kosong. dekat dengan pantai, kat kawasan yang bernama Batu Rakit
. NASAr HOMESTAY 




Then, pas mandi and tukar baju pe semua, kitaorg rancang la nak pi makan kat tepi pantai. Tapi malang nyer kedai dah tutup, yela lgpn masa pergi tu ramai pekedai2 masih dalam mood raya. Jadi makan kuewtiow and bihun sup je kat sebuah kedai makan nie. Masa dalam perjalanan balik ke homestay beli burger lak coz kelaparan lagi. Special nyer burger kat sini sebab bertimbun sayur-mayur..ada kobis, daun salad, sengkuang, timun, tomato tak lupa juga kacang panggang. banyak sangat sampai tertimbus daging di tengah-tengah.. (betul, tak tipu) tak sempat nak ambik gambar coz lapar sangat. :) lastly hari yang memenatkan itu diakhiri dengan tido, tv tak layan dah.
Keesokkan hari nyer (4.9.2011) pagi2 lg dah bangun sebab pendaftaran masuk U start kul 8pagi. Lepas pendaftaran dan letak barang2 dalam bilik, snap pic barang 2,3 keping. kitaorang merayap kat KUALA TERENGGANU, g tempat yg famous kat sana , mana lagi kalau tak PASAR PAYANG. Jom, shopping.. :) luv it!!!!  PASAR PAYANG ni dekat jugak dengan BAZAAR WARISAN. Masa kat pasar payang tue jumpa dengan member masa sekolah AIMI FAZLIN, duk kat PERAK tapi jumpa kat TERENGGANU.  Jodoh nak jumpa kat sana. Lepas puas menghabiskan duit, balik ke homestay untuk ambik barang dan hantar adikku ke UNISZA. dia (mira) akan bertapa selama 4tahun kat sana, mendalami bidang SAINS KOMPUTER. to my beloved sis (walaupun selalu gaduh) good luck yerk kat sana.... :) 
pastu balik 
KG. BARU,KL.. Isnin , ada praktikal .. life back to normal. THE END.








Saturday, September 3, 2011

raya ke-20???

selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua umat Islam seluruh dunia....
raya???
 kalau sebut pasal raya mesti terbayang perkara yang indah-indah.
 ye la, baju baru, kasut baru semua nak yang baru... tu la benda yang aku fikir masa
 kecik-kecik dulu. sekarang dah kurang sikit sebab baru tahu betapa susah payahnya nak cari duit. jadi kalau benda yang tak penting tak beli, guna jer apa yang ada.
 so, macam mana sambutan hari raya korang??? bermakna tak?  tahun nie bermakna dah 6tahun beraya tanpa abah azmi. masa dekat kubur abah rasa sayu, sedih....
 kalau boleh nak ulang masa masa abah masih ada. jadi sentiasalah hargai orang yang masih ada.. 
(ingatan untuk aku jugak) pada semua yang mengenali diri ini secara langsung atau tidak langsung,
with my bff-ummi atiqah

with my little bro-ahmad fuad


with my little cute cousin- nia
 saya yang bernama siti sarah binti saaidin ingin memohon kemaafan andai pernah terkasar bahasa 
 atau ada tingkah laku yang tidak menyenangkan. aku insan biasa yang kadang terlebih emosi
, terkurang budi. but need to improve myself.
 tahun nie banyak la sikit pic yang ditangkap...gedik nak bergambar bak kata adik aku. 
but i forgive u my sis
ini untuk kenangan manalah tahu yang hidup tak sentiasa hidup kan??? 
raya tahun nie sangat bermakna juga sebab jatuh pada hari lahir my mum...
selamat hari lahir mak..luv u. (nak duit raya mak.. ) 
raya ketiga dapat beraya with my bff (ummi atiqah) ummi luv u dear... 
pada abah,ibu kakak-kakak, abang and anak-anak saudara yang sarah tak jumpa sebab tak balik beraya kat Taiping, 
sarah mintak maaf , selamat hari raya , maaf zahir & batin, sarah sayang semua. 

with my ibu, mak, tokwan n my bro-bro


Friday, June 10, 2011

I.M.P.I.A.N


Masa dalam perjalanan balik dari Taiping tadi aku ada terfikir nak tulis pasal impian aku . Sekarang aku tengah ambik diploma kejururawatan, namun bukan untuk penuhi impian tetapi untuk ilmu semata. Impian aku nak bukak nursery @  tempat jagaan kanak-kanak. 


comel kan ? berwarna -warni. Dengan ada baby dan budak-budak mesti lagi ceria. Harapan aku semoga satu hari impian ini akan tercapai.


Monday, June 6, 2011

L.O.V.E




Kalau tengok betul-betul gambar diatas korang akan nampak gambar love dan huruf LOVE. So sweet!!!!!! :) 

Tuesday, May 17, 2011

gratitude...

Assalamualaikum..

gratitude kalau diterjemahkan ke bahasa melayu bermaksud bersyukur.. kenapa topik nie yang aku nak cakapkan sebab ini blog aku jadi aku punya suka la aku nak tulis apa.. (jgn mare, nanti kena jual). korang rasa korang dah cukup bersyukur ker??? jawab sendiri k.. :) pernah tak korang  tengok seseorang tak kira la kawan ke musuh ke, yang korang rasa hidup dia "perfect" a.k.a  sempurna. jeles tak??? bagi aku jeles tu bermakna kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada.. ye la.. bila time jeles tu datang rasa macam nak bertukar je jadi orang tu kn? sedang kan kalau difikirkan balik mungkin dia nampak sempurna luaran je tapi dalaman mungkin serabut macam tongkang pecah.  so, jadi la diri sendiri k tapi  nak jeles kalau orang tu rajin berusaha boleh kot.. jadi semangat untuk jadi yang lebih baik dari  dia. bersyukurlah dengan apa yang kita ada... kita ada family yang sayang kita, kita ada kawan kawan2 yang sentiasa memahami, kita ada diri kita sendiri and yang paling utama kita ada ALLAH...kembalilah pada ALLAH kerana kita hamba yang sentiasa perlukan petunjuk_NYA. saya yang bernama sarah bersyukur dengan apa yang saya ada.. :) Amin...

Attention :"dia" di sini bermaksud seseorang yerk..tapi  tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada. :)


Monday, March 21, 2011

Dunia manusia....


Ruang lingkup dunia manusia dikelilingi pelbagai ragam,
rencah kehidupan mewarna dunia,
kadang terbuai dengan bahagia rasa,
kadang terjatuh lara menimpa,
namun fikiran yang jelas matlamat memandu jalan bahagia,
tersalah jalan , hidup derita,
ketenangan jiwa didapati jika dendam tiada,
jatuh bangun dalam kehidupan perkara biasa,
jangan disebabkan itu dendam tercipta,
kita berbeza, namun punya rasa cinta,
cinta jadikan dunia bahagia,
semaikan cinta dihati semua.
 

Sunday, March 20, 2011

bicara aku....

di ruangan ini ingin sekali aku berbicara,
bicara tentang gelodak rasa hati,
lama tersimpan terbuku segenap rasa,
ingin ku lontar jauh,
jauh ke luar dari relung hati ini,
diam aku bukan buta,
aku juga punya rasa,
beri aku peluang untuk aku bebas melontar kata,
bebas memberi makna pada apa yang aku mengerti,
bebas membuat apa yang aku ingini,
bukan nasihat yang ingin aku tidakkan.
aku manusia biasa perlu ditegur jika membuat kesalahan,
cuma aku minta sedikit pengertian,
biarkan aku mencorak jalan ku sendiri,
menjalani kehidupan apa adanya aku....


Friday, February 18, 2011

2 pilihan???


kehidupan memberikan kita dua pilihan.
contohnya, nak pilih  jalan kiri atau kanan?
nak malas atau rajin?
berterus terang atau mendiamkan diri?
jujur atau berbohong?
dan setiap pilihan kita diikuti bersamanya ......... ???
tanggungjawab,
dosa atau pahala
dan 
kesan atas pilihan kita itu.
jadi buatlah keputusan yang sebaik-baiknya,
tiada manusia yang sempurna
 tapi kesempurnaan harus diusahakan supaya menjadi yang hampir pada kesempurnaan.
 jika kita tersalah membuat pilihan,
jangan bersedih,
tenangkan fikiran,
kembalikan semangat,
lakukan apa yang termampu untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan.




Tuesday, February 1, 2011

Aku dan mesin kelapa......

scene 1 : kat dapur rumah aku.
mak: kak, tolong mesin kelapa (parut kelapa menggunakan mesin pemarut kelapa)
aku: ye la (malas)
mak: kak dah lama hang tak pegang mesin kelapa tu.
aku:(diam, dan hanya berkata-kata dalam hati, lama la jugak)

Ini mesin kelapa ok!
Post kali ini aku nak cakap pasal aku dan hal memasak. Aku akui aku lemah bab memasak-masak ni. 
Bab menghabiskan masakan aku pandai la. :) Kalau kena buat kerja rumah, aku lebih rela kemas satu rumah daripada aku masuk ke dapur dan memasak. Alasan aku yang paling power ialah masakan aku tak sesedap yang mak dan ibu aku masak. Lagipun aku ada 5 orang kakak ( kak ani, kak ana, kak eda, kak ila & kak ita) yang masakan diaorang dah setanding masakan mak dan ibu aku sebab diaorang pun semua nyer dah jadi mak-mak orang. Jadi tak ada sape pun akan kebuluran kalau  aku tak masuk ke dapur. Jadi alasan yang tersimpan kukuh dalam kepala otak aku ini membuatkan aku menjadi tukang makan yang tegar sampai sekarang. Dekat hostel pun, aku masak maggi n goreng telur je. Kalau nak makan masakan yang sedap tunggu la chef (kak ina, kak ima atau kak hawa) yang ada kat rumah tu masak. Kekangan waktu dan alasan nak makan yang sedap-sedap je membuatkan aku tak memandaikan diri untuk memasak. Post kali ni macam nak cakap aku tak pandai memasak la (kenyataan!!!!).   Kenyataan ini lah yang membelenggu fikiran aku. Tipulah kalau aku kata aku bangga tak reti memasak. Dalam hati seorang perempuan , tak kira la anak, isteri, or ibu mesti ada terdetik untuk memasak sesuatu bagi family. Aku dah tahu secret resepi ibu,mak dan kakak aku guna dalam masakan diaorang. Cuma bila nak mengaplikasikan nyer?? entah bila. Resepi rahsia yang membuatkan masakan ibu,mak, kakak-kakak aku malah semua masakan dirasakan sedap ialah kasih-sayang dan keikhlasan. Cuba tanya kat sesiapa je la dalam dunia ni, masakan siapa paling sedap??? mesti jawapan nyer masakan mak, ibu, mama,  atau mummy diaorang.Kalau dalam kes aku ni, aku teringin nak masak untuk abah aku. Sebab abah pernah cakap nak makan masakan aku.Aku kan anak abah. :) 
Aku suka buat kek dan biskut je. Masa yang aku rajin ke dapur ialah time raya. Biskut yang wajib buat, biskut almond london. Biskut ni istimewa sangat bagi aku. kenapa??? Rahsia ok!!!!!! :P sape nak rasa air tangan aku datang la rumah time raya k. aku dan cooking time???Insyaallah, suatu hari nanti aku akan memahirkan diri aku dalam bab-bab memasak k.... Bila dan dimana usah ditanya??? 
Biskut Almond London....



Sunday, January 23, 2011

Memori ABAH


Semalam 22/01/2011 pergi Taman Tasik Titiwangsa, masa nak balik tu pandangan mata aku dicuri oleh pemandangan seorang ayah dan anak perempuan yang duduk kat kerusi memandang tasik.
Kenangan lama mengusik memori, teringat masa aku keluar dating dengan abah 
Lama dah , masa aku darjah dua kot.
Keluar dua orang je, ibu tak ikut.
Naik motor vespa abah pergi Taman Tasik Taiping.
 Habis kan masa petang tu dengan abah, so sweet memory tu.
Rindu sangat saat-saat tu, kalau boleh teringin nak sama-sama keluar dengan abah berdua je.
Rapat dengan abah??? Mungkin kot, sebab abah manjakan sangat anak bongsu dia nie. 
Saya sayang abah saya sangat-sangat.
 Rindu jugak dengan abah Azmi (pak cik). 
Abah  nampak garang tapi baik sangat.
Banyak kenangan terindah dengan abah. Abah pernah bawak motor, ambik aku dari Taiping sebab nak sambut raya dengan family abah kat chemor. 
Tapi kenangan tu tak mungkin akan dapat diulang kembali. 
Abah  dah pergi menemui Ilahi pada 20/September/2003.
 Abah tak pernah bezakan kasih -sayang antara aku dengan anak-anak abah walaupun aku nie cuma anak saudara je. Terima kasih abah sebab bagi kasih-sayang yang tak ternilai harganya dekat kakak. 
Saya ada dua orang ABAH dan saya sayang dua-dua ABAH saya.



Saturday, January 15, 2011

My Love

Sayang,

tika ini rindu menyapa lagi,

Saat ini hanya kamu yang memenuhi ruang akal dan jiwaku,

Tiada kata yang mampu mengungkapkan rasa,

Aku tahu kau ada,

Wujud dalam alam fana ini,
Hanya TUHAN yang menentukan pertemuan kita,

Terkadang aku tertanya sendiri,

Sihatkah kamu?

Semoga kamu dalam limpahan rahmat-NYA,

Tiada nama pengenalan diri, 

Tentang kamu,

Tiada apa yang aku ketahui,

Hanya yang aku tahu kau sayangku,

Walaupun ada yang cuba mencuri hati ini,

Namun, hati ini hanya untuk mu,

Aku berjanji,

Saat lafaz sakinah dimetrai antara kita,

Kau sahabat,

Kau teman sepanjang hayat.

created by,
sarah
8/12/2010




Thursday, January 13, 2011

ReLatiOnsHips


Aku adalah aku,
Tiada kompromi dalam mencari cinta sejati,
Aku bukan manusia hipokrit, 
Aku hanya ingin dimengerti,
Cinta bukan untuk didustai tapi difahami,
Andai tiada cinta sejati, aku rela sendiri,
Menjalani hidup bersama yang menyayangi,
Kesilapan dalam percintaan lalu banyak mengajar erti kasih sejati,
 Cukuplah sekali aku menangis kerana cinta, 
Tak sanggup lagi aku alami saat-saat perpisahan,
Aku bahagia begini , sendiri menikmati jalan yang aku pilih.......

created by : sarah




Wednesday, January 12, 2011

ulang tahun kelahiran ku yg ke-20 tahun....

happy birthday to me...
happy birthday to sarah...
happy birthday to you....

hari ini 12 januari 2011 maka genaplah usia aku menjejak angka 20tahun...
terima kasih aku ucapkan kat family, saudara-mara n kawan2 kat fb yg wish aku happy birthday...
ucapan terima kasih juga wat orang yg dah melahirkan dan membesarkan aku...
tq mak, ibu dan abah...
 semoga Allah panjangkan usia anakmu ini supaya dapat berbakti kepada kalian...
kak sayang sgt2 kat mak, ibu dan abah....
dengar ucapan selamat hari lahir dari kalian dah cukup wat hari anakmu ini ceria....
maaf sebab tak pandai nak tunjuk yang kak sayang kat mak, ibu dan abah...
maaf jugak kalau ada perbuatan kak yang wat mak,ibu atau abah terluka....
ketahuilah bahawa hanya kalian di hati ini......... :)





Friday, January 7, 2011

Islamic Arts Museum Malaysia

Semalam, 6/1/2011 ada lawatan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia. Best, sgt teruja !
 Walaupun jarak kolej dgn muzium tu dalam 15minit perjalanan dgn bas.
rasa mcm lawatan masa sekolah lak.
Teringat masa first time gi Muzium itu tarikh nyer 13/10/2003... 
Lama dah lebih kurang tujuh tahun jarak masa. Masa tu baru darjah 6. 
Lawatan kali ni dibuat untuk kami pelajar semester 2 bagi lebih maklumat tentang pengajian islam.
Banyak maklumat yang aku dapat, yang paling aku ingat ialah tentang kesenian islam nie sebenarnya campuran seni dan matematik. kalau dikaji boleh dikatakan semua lukisan islam berasaskan geometri. so beautiful!!!

 
Kalau korang ada masa pergi la melawat Muzium Kesenian Islam Malaysia.

Saturday, January 1, 2011

nEver sAy NeVeR.....





selamat menyambut tahun baru 2011, post kali ni bertarikh 1.1.11....cantikkan nombor nie. tahun ni umur aku dah masuk era 20-an, tak da dah sweet seventeen, eighteen or nineteen. Mm, kalau masuk tahun baru mesti soalan yang paling famous sekali adalah "apa azam tahun baru nie?" betul tak? best la sape yang bernama azam, famous kot setiap kali menjelang tahun baru. Azam aku tahun nie pulak aku nak cemerlang dalam exam dan latihan praktikal aku kat hospital. Aku cuba suka dengan apa yang aku buat sekarang bukan untuk orang lain tapi untuk diri aku sendiri. Nurse, that i will be about two n half years later. Korang yang bace blog aku nie mesti tertanya-tanya apa kena mengena post aku tentang tahun baru dengan lagu justin bieber nie kan?? lagu nie bertajuk "NeVer sAy NeVer" , aku cuba untuk wat benda yang aku tak suka dengan mula menyukai benda tersebut. Benda tersebut ialah bidang kejururawatan. Kalau orang lain boleh minat bidang nie, kenapa aku tak boleh? That my point, never say never to the thing that other can do. I also can do it. Aku suka lirik kat dalam lagu nie :-

And there’s just no turning back,
When your hearts under attack,
Gonna give everything I have,
It’s my destiny.

I will never say never! (I will fight)
I will fight till forever! (make it right)
Whenever you knock me down,
I will not stay on the ground.
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up,
Pick it up up up,
And never say never.